Pembiakan

Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru. Ia merupakan ciri yang asas bagi kesemua hidupan yang diketahui; setiap organisma wujud sebagai hasil pembiakan. Kaedah-kaedah pembiakan boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama: Pembiakan seks dan pembiakan aseks.

Dalam pembiakan aseks, suatu organisma dapat membiak tanpa melibatkan percantuman gamet (iaitu antara sperma dan ovum. Pembahagian sel bakteria menjadi dua sel anak merupakan satu contoh pembiakan aseks. Pembiakan aseks bukan sahaja terhad kepada organisma sel tunggal. Kebanyakan tumbuhan mempunyai keupayaan untuk membiak secara aseks.

Kelahiran tumbuhan-tumbuhan baru pada tepi daun Kalanchoë pinnata. Tingginya tumbuhan kecil di hadapan kira-kira satu sentimeter.

Pembiakan seks memerlukan penglibatan percantuman 2 gamet , lazimnya satu organisma daripada setiap jantina. Pembiakan manusia merupakan satu contoh pembiakan seks yang biasa. Secara amnya, organisma yang lebih rumit akan membiak secara seks sedangkan organisma sel tunggal akan membiak secara aseks.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search