Pemburu-pengumpul

Tiga orang asli Australia di Pulay Bathurst pada tahun 1939. Menurut Peterson (1998), pulau ini adalah kawasan pencilan penduduk selama 6000 tahun, sehingga abad ke-18. Pada tahun 1929, tiga perempat penduduknya menampung hidup dengan memburu dan mengumpul.[1]

Masyarakat pemburu-pengumpul atau pemburu-peramu mengutamakan amalan sara diri yang melibatkan pemerolehan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang boleh diramu pungut, dicari atau diburu dari hutan lalu dimakan terus tanpa sumber yang cukup untuk mengusahakan pertanian atau penternakan. Kegiatan meramu atau mengumpul lebih banyak ditumpukan masyarakat sebegini daripada memburu makanan sebanyak 80% sumber makanan diperoleh.[2]

Ciri yang boleh membezakan antara masyarakat yang lazim meramu dan memburu berbanding masyarakat-masyarakat lain yang lebih bergantung kepada domestikasi (seperti pertanian dan penternakan) tidak begitu jelas, kerana kebanyakan masyarakat masa kini menggabungkan kedua-dua percaturan untuk menampung kependudukan masing-masing.

  1. ^ Nicolas Peterson (1998). "Demographic transition in a hunter-gatherer population: the Tiwi case, 1929-1996". Australian Aboriginal Studies. Australian Institute of Aboriginal and Torres Strait Islander Studies. 1998. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Traditional Peoples Today: Continuity and Change in the Modern World by Göran Burenhult

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search