Pengawal Pantai Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 4 Ogos 1790 - kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Pengawal pantai |
Saiz | 42,000 anggota tetap ~252 pemotong, ~1600 bot ~194 pesawat [1] |
Sebahagian daripada | Jabatan Keselamatan Tanah Air |
Moto | Semper Paratus |
Warna | Putih, Oren, & Biru |
Kawat | Semper Paratus |
Pertempuran | Perang Saudara Amerika Perang Dunia II Perang Korea Perang Vietnam Perang Teluk Operasi Pembebasan Iraq Operasi Naga Laut III Perang Menentang Keganasan |
Penobatan | Unit Penghargaan Presiden |
Komander | |
Setiausaha Keselamatan Tanah Air | Yang Berhormat Jeh Johnson |
Komandan | Laksamana Robert J. Papp, Jr. |
Timbalan Komandan | Laksamana Madya John Currier |
Tanda kebesaran | |
Belang lumba | |
Ensign | |
Standard | |
Pesawat terbang | |
Helikopter | HH-60 Jayhawk, HH-65 Dolphin, |
Peronda | HC-130, HU-25A Guardian, HC-144A Ocean Sentry |
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (bahasa Inggeris:United States Coast Guard atau USCG) adalah satu cabang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan satu dari tujuh perkhidmatan beruniform. Ia unik dalam cabang ketenteraan kerana memiliki misi penguatkuasa undang-undang maritim (dengan kuasa di perairan dalam dan luar negara) dan sebuah agensi penguatkuasa persekutuan. Ia ditadbir oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air semasa waktu aman dan boleh ditukarkan kepada Jabatan Tentera Laut oleh Presiden A.S atau Kongres A.S semasa waktu perang.
Peranan utama Pengawal Pantai A.S adalah untuk melindungi rakyat dan alam sekitar, serta kepentingan ekonomi dan keselamatan Amerika Syarikat di dalam sebarang wilayah maritim di mana kepentingan ini berada dalam risiko, termasuk di perairan antarabangsa atau pantai, pelabuhan dan jalan air darat di Amerika Syarikat.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search