Peperangan amfibia

Dua buah AAVS USMC muncul dari buih ombak di Freshwater Bay, Australia.

Peperangan amfibia ialah sejenis operasi penyerangan tentera yang pada hari ini menggunakan kapal perang bagi melancarkan kuasa udara dan darat ke atas pantai musuh atau berpotensi sebagai musuh di pantai pendaratan.[1] Melalui sejarah operasi ini dikendalikan oleh bot sebagai cara utama menghantar askar-askar ke daratan. Sejak Kempen Gallipoli, kenderaan air khusus semakin banyak direka untuk mendaratkan askar, material dan kenderaan, termasuk melalui kapal pendarat dan untuk penyusupan komando, melalui bot peronda laju, zodiac (bot boleh kembung) dan dari kapal selam mini.

Istilah amfibia muncul buat pertama kali di USA semasa era 1930an selepas rekaan Kenderaan Pendarat Berunut dimana prototaip pertama dinamakan Aligator dan Crocodile, walaupun kedua-dua spesis bukan amfibia. Peperangan amfibia termasuk operasi yang ditakrifkan mengikut jenis, tujuan, skala dan cara pelaksanaannya. Di dalam Empayar British pada masa itu dipanggil operasi gabungan yang telah ditakrifkan sebagai "...di mana operasi tentera laut, darat atau udara dalam mana-mana kombinasi yang berkerjasama antara satu sama lain, berkerja secara bebas dibawah komander masing-masing, tetapi dengan matlamat strategik yang sama."[2] Semua angkatan tentera yang menggunakan askar dengan latihan khas dan kelengkapan untuk menjalankan pendaratan dari kapal laut ke pantai bersetuju dengan definisi ini.

Sejak abad ke-20 pendaratan amfibia tentera di sesebuah tumpuan pantai diakui sebagai manuver tentera yang paling kompleks. Usaha ini memerlukan penyelarasan rumit banyak kepakaran tentera, seperti kuasa udara, tembakan meriam tentera laut, pengangkutan laut, perancangan logistik, peralatan khusus, peperangan darat, taktik, dan latihan yang meluas dalam nuansa manuver ini bagi semua anggota yang terlibat.

  1. ^ Speller, Ian & Tuck, Christopher, Amphibious warfare, Strategy and tactics series, Spellmount, 2001, p.7
  2. ^ Harding, Richard, The Royal Navy, 1930-2000: Innovation And Defense, Taylor & Francis, 2005, p.44

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search