Perak

Perak
Peqak, Peghak
Perak Darul Ridzuan
ڤيراق دار الرضوان
Transkripsi lain
 • Jawiڤيراق
 • Cina霹雳
Pīlì (Hanyu Pinyin)
 • Tamilபேராக்
Pērāk (Transliterasi)
Cogan kata: Perak Aman Jaya
Lagu: Allah Lanjutkan Usia Sultan
   Perak di    Malaysia
Koordinat: 4°45′N 101°0′E / 4.750°N 101.000°E / 4.750; 101.000Koordinat: 4°45′N 101°0′E / 4.750°N 101.000°E / 4.750; 101.000
Negara Malaysia
Ibu negeriIpoh
Bandar dirajaKuala Kangsar
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan berparlimen
 • SultanSultan Nazrin Muizzuddin Shah
 • Menteri BesarSaarani Mohamad
(BNUMNO)
Keluasan
 • Jumlah21,146 km2 (8,165 batu persegi)
Aras tertinggi2,183 m (7,162 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah2,496,041
 • Kepadatan120/km2 (310/batu persegi)
Demografi (2020)
 • Komposisi etnik
 • BahasaMelayu • Cina • Tamil • Semai • Temiar
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
30xxx
Kod panggilan033 hingga 058
Kod ISO 3166MY-08, 36–39
Pendaftaran kenderaanA
Perjanjian Pangkor1874
Bergabung dalam NNMB1895
Pendudukan Jepun1942
Bergabung dalam Persekutuan Tanah Melayu1948
Merdeka sebagai sebahagian daripada Persekutuan31 Ogos 1957
Laman sesawanghttps://www.perak.gov.my/

Perak atau nama rasminya, Perak Darul Ridzuan (Sebutan bahasa Melayu: [peraʔ] sebutan dalam loghat tempatan: Peqak, Peghak; Jawi: ڤيراق دار الرضوان) merupakan sebuah Kesultanan Melayu dan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia. Perak terletak di kawasan pantai barat dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Tanah Melayu selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia. Perak bersempadan darat dengan negeri-negeri Kedah di utara, Pulau Pinang di tenggara dan sebelah barat laut, Kelantan di sebelah timur laut, Pahang di timur, dan tenggara, Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri ini juga bersempadan antarabangsa dengan wilayah-wilayah Yala dan Narathiwat, Thailand, di utara. Ibu negeri Perak, Ipoh, terkenal secara sejarah dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Bandar diraja negeri ini ialah Kuala Kangsar, di mana terletaknya istana Sultan Perak. Sehingga 2018, penduduk negeri ini dianggarkan seramai 2,500,000 penduduk. Perak mempunyai hutan hujan tropika yang pelbagai dan beriklim khatulistiwa. Banjaran-banjaran gunung utama negeri ini, iaitu Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang dan Banjaran Keledang adalah sebahagian daripada sistem Perbukitan Tanah Seri yang lebih besar yang menyambungkan Myanmar, Thailand dan Malaysia, dengan Gunung Korbu sebagai kemuncak tertinggi.

Penemuan rangka purba di Perak membuktikan maklumat mengenai penghijrahan Homo sapiens dari tanah besar Asia melalui Asia Tenggara ke benua Australia. Dikenali sebagai Manusia Perak, rangka itu berusia sekitar 10,000 tahun. Kerajaan Hindu atau Buddha awal, diikuti oleh beberapa kerajaan kecil lain, telah wujud sebelum kedatangan Islam. Menjelang 1528, sebuah kesultanan Islam mula muncul di Perak, merupakan warisan kepada Kesultanan Melaka. Walaupun mampu menentang pendudukan Siam selama lebih daripada 200 tahun, negeri ini sebahagiannya pernah dikuasai oleh Kesultanan Aceh yang berpusat di Sumatera. Ini khususnya berlaku selepas keturunan Aceh mengambil alih pewarisan raja. Dengan kedatangan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan konflik VOC yang semakin meningkat dengan Aceh, Perak mula menjauhkan diri dari penaklukan Aceh. Kehadiran Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) di Pulau Pinang yang berdekatan memberikan perlindungan tambahan kepada negeri ini, dengan percubaan Siam untuk menakluki Perak digagalkan oleh pasukan ekspedisi British.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani untuk mengelakkan konflik selanjutnya antara British dan Belanda. Perjanjian ini membolehkan British meluaskan pengaruh mereka di Semenanjung Tanah Melayu tanpa campur tangan kuasa asing yang lain. Perjanjian Pangkor 1874 memperuntukkan campur tangan British secara langsung dalam pemerintahan Perak, dengan lantikan seorang Residen British. Berikutan penyerapan Perak ke dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS), British mengubah pentadbiran negeri ini kepada gaya pemerintahan baharu, secara aktif mempromosikan ekonomi pasaran dan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman sambil memerangi perhambaan yang diamalkan secara meluas di seluruh Perak pada masa itu. Pendudukan Jepun selama tiga tahun dalam Perang Dunia II menghentikan kemajuan selanjutnya. Selepas perang, Perak menjadi sebahagian daripada Malayan Union, sebelum diserap ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Perak memperoleh kemerdekaan penuh melalui Persekutuan, yang kemudiannya menjadi Malaysia pada 16 September 1963.

Perak mempunyai kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa. Negeri ini terkenal dengan beberapa seni tradisional seperti bubu, dabus serta labu sayong yang merupakan tembikar tradisional Perak yang unik. Ketua negeri ialah Sultan Perak, dan ketua kerajaan ialah Menteri Besar. Struktur kerajaan negeri pula berdasarkan sistem parlimen Westminster, dengan pentadbiran negeri dibahagikan kepada daerah pentadbiran. Islam adalah agama rasmi negeri, dan agama lain boleh diamalkan secara bebas. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negeri Perak. Ekonomi di negeri ini sebahagian besarnya berasaskan perkhidmatan dan pengilangan.

  1. ^ "Perak @ a Glance". Jabatan Perangkaan, Malaysia. Dicapai pada 8 Oktober 2019.
  2. ^ "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Jabatan Perangkaan, Malaysia. Dicapai pada Februari 2022. Check date values in: |access-date= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search