Perang Jepun-Rusia

Perang Jepun-Rusia
Tarikh8 Februari 1904 – 5 September 1905
Lokasi
Keputusan Kemenangan Jepun; Perjanjian Portsmouth
Pihak yang terlibat
 Empayar Rusia
Prinsipaliti Montenegro
 Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
Empayar Rusia Tsar Nikolay II
Empayar Rusia Aleksey Kuropatkin
Empayar Rusia Stepan Makarov 
Empayar Rusia Zinovy Rozhestvensky
Empayar Jepun Maharaja Meiji
Empayar Jepun Ōyama Iwao
Empayar Jepun Nogi Maresuke
Empayar Jepun Tōgō Heihachirō
Kekuatan
500,000 tentera 400,000 tentera
Kerugian dan korban
34,000 – 52,623 terbunuh; 9,300 – 18,830 maut akibat penyakit; 146,032 cedera; 74,369 tertawan; penduduk awam China tak diketahui[1][2] 47,152 – 47,387 terbunuh; 21,802 – 27,200 maut akibat penyakit; 173,425 cedera; penduduk awam China tak diketahui[1][2]

Perang Jepun-Rusia (Jepun: 日露戦争; Romaji: Nichi-Ro Sensō; Rusia: Русско-японская война Russko-Yaponskaya Voyna; Cina ringkas: Cina tradisional: pinyin: Rìézhànzhēng, 10 Februari 1904 – 5 September 1905) adalah satu konflik yang timbul akibat cita-cita untuk meluaskan kuasa oleh Empayar Rusia dan Empayar Jepun ke atas Manchuria dan Korea. Medan pertempuran utama adalah di Manchuria Selatan, terutamanya di kawasan sekitar Semenanjung Liaodong dan Mukden, laut di sekeliling Korea, Jepun, dan Laut Kuning.

Rusia ingin mencari pelabuhan air suam[3] di Lautan Pasifik, untuk tentera laut mereka selain perdagangan maritim. Vladivostok adalah satu-satunya pelabuhan yang beroperasi semasa musim panas, tetapi Pelabuhan Arthur akan beroperasi sepanjang tahun. Bermula pada akhir Perang China-Jepun Pertama dan tahun 1903, rundingan di antara Rusia dan Jepun adalah sia-sia. Jepun memilih peperangan bagi mengekalkan penguasaan ekslusif di Korea.

Keputusan kempen, yang mana tentera Jepun secara konsisten berjaya mengalahkan tentera Rusia, tidak dijangka oleh para pemerhati. Kemenangan ini secara dramatik mengubah keseimbangan kuasa di Asia Timur, menyebabkan penilaian semula kemasukkan terbaru Jepun ke pentas dunia. Kekalahan memalukan menyebabkan rakyat Rusia tidak puas hati akan ketidakcekapan dan rasuah oleh kerajaan Tsar, dan membuktikan penyebab utama pada Revolusi Rusia 1905.

  1. ^ a b Samuel Dumas, Losses of Life Caused By War (1923)
  2. ^ a b Erols.com, Twentieth Century Atlas – Death Tolls and Casualty Statistics for Wars, Dictatorships and Genocides.
  3. ^ Forczyk, p. 22 "Tsar's diary entry"

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search