Perayaan Kumpul Hasil

Pondok yang digunakan dalam ritual Sukkot di Herzliya, Tel Aviv

Hari Raya Pondok Daun[1] (bahasa Ibrani: סוכות atau סֻכּוֹת Sukkot) atau Perayaan Pengumpulan Hasil[2] antara perayaan utama umat Yahudi selain Shavuot dan Pesakh.[3] Ia diceritakan dalam kitab Taurat memanjatkan rasa syukur bagi hasil tuaian di tanah Israel selama tujuh hari bermula pada bulan purnama malam 15 Tisyri menurut takwim Yahudi antara bulan September dan Oktober dalam takwim Gregorius kini.[4][5] Perayaan ini menumpu kepada pembinaan sebuah pondok sukkah yang khas.[5] Pada masa perayaan ini, umat Yahudi berziarah ke Bait Allah di Yerusalem sambil membawa persembahan.[3]

Setiap keluarga Yahudi membina sebuah pondok berdinding tiga dan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada pelepah kelapa dan dedaun pokok tertentu. [4] Pondok-pondok tersebut disiapkan untuk menyambut tujuh tetamu utama dipercayai iaitu Avram/Ibrahim, Yitzhak/Ishak, Ya'aqov/Yakub, Moshe/Musa, Aharon/Harun, Yosef/Yusuf, dan Dawid/Daud yang dipercayai akan datang ke pondok yang dibuat itu selama perayaan tersebut berlangsung.[4]

Kaum Samaria mempunyai cara yang sedikit berbeza dalam merayakan hari raya ini. Mereka membina sukkah di dalam rumah mereka. [6] Selain itu, sukkah yang mereka bangun tidak mempunyai dinding, melainkan hanya bumbung tempat menggantung buah-buahan. [6]

Dedahan dedalu, kurma dan murad seikat serta sebiji buah utrujah yang utama dipakai rabai yang mengetuai dalam perayaan ini
  1. ^ "Hari Raya Pondok Daun". Studi Kamus Alkitab. SABDA. 2005. Dicapai pada 2023-12-11.
  2. ^ Keluaran 34:22 (Borneo, SABDA)
  3. ^ a b (Inggeris) George Robinson. 2000. Essential Judaism: a complete guide to beliefs, customs and rituals . New York: Pocket Books.
  4. ^ a b c Rasid Rachman (2005). Hari Raya Liturgi. Jakarta: PT BPK Gunung Mulia. m/s. 22.
  5. ^ a b (Inggeris) RJ Zwi Werblowsky dan Geoffry Wigoder.1997. The Oxford Dictionary of The Jewish Religion . New York: Oxford University Press.hlm 659-660.
  6. ^ a b (Inggeris) Reinhard Pummer.1987. The Samaritans . Belanda: EJBrill. hlm 23.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search