Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
MATRADE
Intisari agensi
DibentukMac 1993 (1993-03)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatMenara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Eksekutif Agensi
  • YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Laman sesawang
www.matrade.gov.my

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Inggeris: Malaysia External Trade Development Corporation; lebih dikenali sebagai MATRADE) ialah sebuah agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Ia ditubuhkan di bawah Akta MATRADE 1992 pada Mac 1993 sebagai agensi berkanun dan cabang promosi perdagangan luar di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.[1][2]

MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE menjadi titik rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi ini juga untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan. MATRADE juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE yang ditubuhkan pada Januari 2007.[3]

  1. ^ "Nation building via trade excellence". The Star Online. 31 Disember 2018. Dicapai pada 14 Mac 2019.
  2. ^ "Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE): Corporate history". StudyMalaysia. 10 Julai 2015. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  3. ^ Sabry Tahir (6 February 2007). "Matrade centre to open soon". The Star Online. Dicapai pada 14 March 2017.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search