"Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri." menggunakan istilah "orang Melayu miskin di TANAH AIR mereka" bagaimana dengan Orang Asli yang tetap tinggal di Semenanjung Malaysia??? – komentar tanpa tandatangan ini diberikan oleh oleh Nerake (b • s).
Orang Asli dianggap sebagai golongan bumiputera dan diberikan keistimewaan yang sama dengan golongan bumiputera yang lain + keistimewaan lain. Sebagai contoh bekalan eletrik secara solar kendiri (stand alone solar power) disediakan secara percuma. Rawatan perubatan percuma, sekolah yang jauh di dalam hutan disediakan secara percuma, walaupun dengan bilangan pelajar yang jauh rendah berbanding sekolah dalam bandar, mereka masih berjaya menjadi doktor dan jurutera (baca akhbar). Selain itu milik mereka keatas tanah adat dan kawasan yang merupakan tempat tinggal secara turun temurun dilindungi melalui undang-undang. Pemilikan ini berdasarkan bukti mereka telah menetap dikawasan tersebut selama beberapa keturunan. Pada tahun lepas, dalam satu kes, orang asli berjaya menghalang sebuah syarikat & Majlis bandaran daripada menebang/mengambil tanah mereka kerana berjaya membuktikan mereka telah lama tinggal dikawasan tersebut melalui bukti tapak pengkebumian. Saya tidak ingat perincian kes ini, siapa yang tahu boleh meletakkan maklumat tersebut di sini. Keistimewaan ini tidak bererti wang akan diberikan secara percuma, semua masih perlu berusaha, cuma mereka dilindung daripada ditindas oleh tindakan monopoli. Yosri 04:56, 15 Mac 2006 (UTC)
Pada tahun 1957 pembabitan ekonomi Melayu sekitar 2%. Pada 1969 pembabitan ekonomi hanya 5%. Ini mendorong kepada NEP yang bertujuan meningkatkan ekonomi pribumi termasuk orang asli kepada 30% (persendirian) yang masih gagal dicapai sehingga kini. Yosri 11:36, 15 Mac 2006 (UTC)
Yosri, cerita Naruto apa yang awak cuba sampaikan. Peristiwa 13 Mei sememangya sebuah episod konspirasi yang didalangi oleh UMNO yang diterajui oleh Mahathir. Awak sangka Mahathir dan Abdul Razak tak kenal gangster-gangster Melayu dan Cina kah???
Terdapat pelbagai pandangan berbeza tentang cerita-cerita belakang tentang Peristiwa 13 Mei 1969. Hanya Allah jua yang maha mengetahui akan punca dan pungka terjadinya peristiwa ini. Sejarah tetap sejarah di mana bebas untuk ditafsirkan dari pelbagai sudut.
Pertikaman Tuah - Jebat telah difilemkan, dibukukan, ditulis semula, dibahaskan dalam peperiksaan universiti dan lain-lain. Ini menunjukkan setiap ilmu itu tidak statik, sebaliknya berubah-ubah mengikut masa, kepentingan dan sebagainya.
Benarkan mereka bersuara.
Jika ada sebagai perbezaan, ada baiknya mereka yang berpendapat sebaliknya itu, membuat sub tajuk. Contohnya : 13 Mei - Teori Konspirasi. Mereka harus berpandangan terbuka dan kita pun harus berpandangan terbuka.
Banyak isu lain juga ,kita perlu berpandangan terbuka - sedia untuk tidak seia sekata. Itulah lumrah dunia.
Untuk mengatakan kita guna sumber yangf sohih, pakar sejarah tak boleh jadi juga. Selalunya Khoo Kay Kim dan Ramlah Adam dan seumpamanya. Tapi orang awam juga berhak untuk menceritakan cerita 13 Mei dari pemahaman dan pengalaman mereka.
Rasulullah ada mengatakan , jika betul dapat 2, jika tak betul dapat 1.
Ilmu itu milik Allah jua. Kita perlu mencarinya. Ilmu Allah seluas lautan tak bertepi. Malekhanif 13:47, 21 Mei 2007 (UTC)
Artikel ini jelas mempunyai elemen-elemen berat sebelah. Jikalau apa-apa yang dituliskan itu benar, sila nyatakan sumbernya. Adakah ianya secara lisan? Latif
Nampaknya artikel ini telah berat sebelah. Ayat-ayat yang digunakan turut berbau ingin menimbulkan lagi isu perkauman senstif. Harap penulis boleh lebih berhati-hati dan bersifat adil semasa menuliskan artikel sebegini. Tambahan kepada, ape yang dikatakan berkaitan dengan negeri yang tidak terjejas dengan perkauman ini adalah palsu. Negeri Perak telah mengalami pergaduhan ini.
Yosri, di mana lokasi awak ketika 13 Mei. Kalau belum lahir , jangan memandai-mandai mengaku fakta. Biar orang yang pernah tinggal di Kg Baru sahaja seperti keluarga saya, yang seharusnya bercerita. Ini sebenarnya konspirasi Mahathir.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search