Pereputan alfa

Fizik nuklear
Pereputan radioaktif
Pembelahan nuklear
Pelakuran nuklear
Pereputan alfa

Pereputan alfa (Jawi: ڤرڤوتن الفا) merupakan sejenis pereputan radioaktif apabila nukleus atom memancarkan zarah alfa (dua proton dan dua neutron yang terikat bersama kepada zarah menyerupai nukleus helium) dan berubah (atau 'mereput') menjadi atom dengan nombor jisim yang berkurangan sebanyak 4 dan nombor atom berkurangan sebanyak 2. Sebagai contoh:

[1]

yang ditulis sebagai:

(Bentuk kedua lebih digunakan kerana bentuk pertama kelihatan tidak seimbang dari segi elektrik. Asasnya, sentakan nukleus amat cepat melepaskan dua elektron untuk meneutralkan kation helium terion.)

Zarah alfa adalah serupa dengan nukleus helium-4, dan kedua-dua nombor jisim dan nombor atom adalah sama. Pereputan alfa adalah dalam bentuk pembelahan nuklear iaitu apabila atom iduk berpecah kepada dua hasil anak. Pereputan alfa secara asasnya merupakan proses penerowongan kuantum. Tidak seperti pereputan beta, pereputan alfa dikuasai oleh daya nuklear kuat.

Zarah alfa mempunyai tenaga kinetik 5 MeV (iaitu ≈0.13% keselurah tenaganya, atau 110 TJ/kg) dan berkelajuan 15,000 km/s. Ini adalah lebih kurang 0.05c. Disebabkan jisimnya yang agak besar secara relatif, cas +2 dan halaju yang rendah secara relatif, mereka mudah untuk berinteraksi dengan atom lain dan kehilangan tenaga mereka, maka mereka diserap dalam beberapa sentimeter di udara.

Sumber alfa di bawah pengesan sinaran

Kebanyakan helium yang dihasilkan di Bumi muncul dari pereputan alfa dari bahan galian bawah tanah yang mengandungi uranium atau torium. Helium dibawa ke permukaan sebagai hasil gas asli.

  1. ^ Suchocki, John. Conceptual Chemistry, 2007. Page 119.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search