Peristiwa Memali | |||
---|---|---|---|
Sebahagian daripada Sejarah Malaysia | |||
Tarikh | 19 November 1985 | ||
Lokasi | |||
Matlamat | Cubaan menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud yang didakwa membawa ajaran sesat | ||
Kesan | Kemenangan Kerajaan Malaysia
| ||
Pihak terlibat | |||
Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
Bilangan | |||
| |||
Korban | |||
|
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Peristiwa Memali yang juga digelar pihak polis sebagai Operasi Angkara atau Operasi Hapus merupakan insiden yang berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Dalam operasi tersebut, di bawah arahan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, lebih 200 anggota polis telah mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan sasaran utama pada masa itu ialah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Insiden ini merekodkan bahawa 18 orang telah terkorban iaitu 14 orang kampung dan 4 orang anggota polis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta 159 orang ditahan. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud telah terbunuh.
Ketika peristiwa tersebut berlaku, Tun Musa Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu juga, Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search