Peristiwa barisan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia di Sarajevo 1992

Peristiwa barisan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia di Sarajevo 1992
Tarikh3 Mei 1992
Lokasi
Keputusan Konvoi dihentikan; beberapa minit berbalas tembakan mengakibatkan beberapa dozen tentera JNA mati; sejumlah besar kelengkapan dirampas
Pihak yang terlibat

 Republik Bosnia dan Herzegovina

 Republik Persekutuan Yugoslavia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNPROFOR
Komandan dan pemimpin
Republik Bosnia dan Herzegovina Jusuf Prazina (dituduh) Republik Persekutuan Yugoslavia Milutin Kukanjac
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Lewis Mackenzie
Kekuatan
& ~200 ~270 tentera, 38 kenderaan
~10 pemerhati UNPROFOR, 4 kenderaan
Kerugian dan korban
16 terkorban 42 terbunuh[1] (sumber alternatif menyatakan 5–38),[2][3] 71–73 cedera dan 215–218 ditangkap
1–23 orang awam terbunuh

Peristiwa serangan ke atas konvoi Tentera Darat Rakyat Yugoslavia di Sarajevo terjadi pada 3 Mei 1992 di Jalan Dobrovoljačka, Sarajevo, apabila anggota dari Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) menyerang sebuah konvoi pasukan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia (JNA) yang berundur daripada kota Sarajevo mengikut persetujuan pengunduran.

Serangan ini dipercayai dilakukan bagi membalas tindakan penahanan Presiden Republik Bosnia dan Herzegovina, Alija Izetbegović, yang mana telah ditahan di Lapangan Terbang Sarajevo oleh Tentera Darat Rakyat Yugoslavia pada hari sebelumnya.[4]

Serangan dimulakan apabila barisan konvoi ini dipisahkan oleh satu rempuhan kereta. Kemudian, pertempuran sekali sekala dan tidak teratur berlaku untuk beberapa minit di sekitar kumpulan konvoi ini.

Komander tentera darat Bosnia, Sefer Halilovic kemudian mengulas mengenai kejadian ini "para pejuang kita dan orang awam bertindak secara spontan, mereka memisahkan konvoi ini kepada dua."

Dalam sebuah buku bertajuk "Peacekeeper: The road to Sarajevo", komander pasukan pengaman PBB Jen. Lewis McKenzie yang berada dalam konvoi ini memperincikan bahawa beliau melihat: "Saya boleh melihat raifal askar-askar Pertahanan Simpanan melalui tingkap kereta-kereta orang awam, yang mana merupakan sebahagian daripada konvoi, dan menembak (...) Saya melihat darah meleleh turun daripada cermin tingkap. Ia merupakan kejadian paling menakutkan dalam hidup saya."

Para pendakwaraya Serb menyatakan bahawa 42 askar JNA telah terbunuh dalam serangan ini. Bagaimanapun, Jeneral Milutin Kukanjac, komander JNA di Sarajevo, mendakwa bahawa daripada 215 anggota tentera, hanya enam orang yang meninggal dunia dalam serangan ini.[2]

  1. ^ РТС: О Ганићевој одговорности
  2. ^ a b "Sarajevo ogorčeno zbog Divjaka". B92. March 5, 2011. Dicapai pada March 7, 2011.
  3. ^ http://balkans.aljazeera.net/vijesti/slucaj-dobrovoljacka-falsifikovanje-istine
  4. ^ John F. Burns (3 May 1992). "Sarajevo's Center Erupts in War, Weakening Yugoslav Truce Effort". New York Times. Dicapai pada 7 March 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search