Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
PEKEMBAR/UMNO
-
Nama Bahasa InggerisUnited Malay National Organisation
Nama cina马来民族统一机构
Nama tamilஐக்கிய மலாய் தேசிய அமைப்பு
Nama siamองค์การสหมลายูแห่งชาติ
SingkatanPEKEMBAR, UMNO
PresidenAhmad Zahid bin Hamidi
PengerusiTan Sri Badaruddin Amiruldin
Setiausaha agungAhmad bin Maslan
SetiausahaDatuk Mohd Sumali Bin Reduan
JurucakapDato' Seri Azalina Othman Said
Timbalan PresidenDato Seri Mohamad Hasan
Naib PresidenDato Sri Wan Rosdy Wan Ismail
Dato Seri Mohamad Khald Nordin
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Ketua WanitaDatuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Ketua PemudaDr. Muhamad Akmal Saleh
Ketua PuteriDatuk Nurul Amal Mohd Fauzi
PengasasDato Sir Onn Jaafar
Diasaskan11 Mei 1946 (1946-05-11)
Didaftarkan11 Mei 1946
13 Februari 1988 (PEKEMBAR/UMNO Baru)2.0
Didahului olehPertubuhan Melayu Bersatu
Ibu pejabatTingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
AkhbarNew Straits Times
Berita Harian[nb 1]
Harian Metro[nb 2]
Sayap beliaPergerakan Pemuda UMNO
Sayap wanitaWanita UMNO
Sayap Belia WanitaPergerakan Puteri UMNO
Keanggotaan (2024)3.399
IdeologiNasionalisme, [2][3] Konservatisme
Demokrasi Islam
Kedudukan politikParti Haluan Kiri jauh
AgamaIslam: Ahli Sunah Waljamaah
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (1952-1973)
Barisan Nasional (1973–kini)
Muafakat Nasional (2019-2022)
Kerajaan Perpaduan (2022-kini)
Warna     Merah dan putih1
SloganBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Lagu partiBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Dewan Negara:
70 / 70
Dewan Rakyat:
223 / 222
Dewan Undangan Negeri:
607 / 607
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
umno.org.my
umno-online.my
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai PEKEMBAR/ڤکمبر atau UMNO; /ˈəmn/ ) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan perletakan jawatan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta pada 12 Mei 2018. UMNO merupakan tulang belakang bagi Barisan Nasional, UMNO merupakan komponen di dalam parti di pihak kerajaan pusat yang juga parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perak, Pahang, Johor dan Melaka. UMNO tidak menubuhkan mana-mana bahagian atau cawangan di negeri Sarawak dan merupakan parti minoriti di Sabah dengan bilangan 11 kerusi adun Sabah pada tahun 2023 didahului dengan Parti Warisan Sabah yang mempunyai 13 kerusi adun Sabah pada tahun yang sama. Namun begitu, UMNO Sabah masih parti yang dominan di Sabah walaupun parti tersebut kini mempunyai saingannya iaitu Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan Sabah. UMNO Sabah digelar sebagai "Sabah Government King Maker" kerana bilangan kerusinya yang tidak dapat menembusi kerusi-kerusi kubu kuat parti tempatan Sabah tetapi mendapat separuh sokongan dikawasan bekas kubu parti Allahyarham Tun Mustapha.

UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu .[4] Menurut perlembagaan parti ini,UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.[5] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[6]

Dalam pemilihan UMNO 2018, pemimpin yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting dalam perkembangan parti, bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dipilih sebagai Presiden UMNO, setelah mendapat 78 undi berbanding saingannya Khairy Jamaluddin (bekas ketua Pemuda UMNO) dengan 53 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah (veteran UMNO) sekadar memperoleh 28 undi.[7]

  1. ^ Edge 2004, m/s. 185.
  2. ^ Helen Ting. "The Politics of National Identity in West Malaysia: Continued Mutation or Critical Transition? [The Politics of Ambiguity]" (PDF). Southeast Asian Studies, Universiti Kyoto (dalam bahasa Inggeris). J-Stage. m/s. 3/21 [33] dan 5/21 [35]. UMNO came into being in 1946 under the impetus of the Anti-Malayan Union Movement based on this ideological understanding of ketuanan Melayu. Its founding president, Dato’ Onn Jaafar, once said that the UMNO movement did not adhere to any ideology other than Melayuisme, defined by scholar Ariffin Omar as “the belief that the interests of the bangsa Melayu must be upheld over all else”. Malay political dominance is a fundamental reality of Malaysian politics, notwithstanding the fact that the governing coalition since independence, the Alliance [subsequently expanded to form the Barisan Nasional or literally, the “National Front”], is multiethnic in its composition.
  3. ^ Jinna Tay; Graeme Turner (24 July 2015). Television Histories in Asia: Issues and Contexts (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 127. ISBN 978-1-135-00807-9.
  4. ^ UMNO Online. UMNO's Constitution: Goal 3.5. From:"Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2012. Dicapai pada 5 Januari 2013.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ Perlembagaan UMNO Pindaan 2019 - Dipinda di Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Dewan Merdeka WTC, KL
  6. ^ UMNO Online. Tujuan Parti 3.6. Dari: http://umno-online.com/?page_id=2787 Diarkibkan 2012-02-29 di Wayback Machine
  7. ^ "Umno elections historic, ensure party remains relevant, says Zahid - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-01.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search