Piala Asia AFC

Piala Asia AFC
Ditubuhkan1956
KawasanAsia (AFC)
Jumlah pasukan24
Juara semasa Qatar (gelaran ke-2)
Pasukan paling berjaya Jepun (4 gelaran)
Piala Asia 2023

Piala Asia AFC merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia atau AFC. Negara yang memenangi kejohanan ini akan ditabalkan selaku Juara Asia. Edisi yang seterusnya akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu.

Piala Asia diadakan setiap empat tahun sekali bermula pada tahun 1956. Pada kejohanan 2004 yang berlangsung di China, terdapat kejohanan Sukan Olimpik dan Kejohanan Bola Sepak Eropah juga dilangsungkan pada tahun yang sama dengan Piala Asia (2004, 2008, 2012 dan seterusnya), keadaan ini telah menyebabkan kalendar sukan menjadi sangat padat. Justeru itu, AFC telah mengambil pendirian untuk mengubah tradisi tersebut, dengan menganjurkan kejohanan yang seterusnya pada tahun 2007, diikuti setiap empat tahun mulai tahun 2007.

Piala Asia telah didominasi oleh pasukan-pasukan teratas di Asia selama bertahun-tahun, biasanya dari Asia Timur atau Asia Barat. Pasukan-pasukan seperti Korea Selatan, Iran, Kuwait dan Arab Saudi telah mendapat tempat mereka di perlawanan-perlawanan akhir hampir setiap tahun. Pasukan-pasukan lain yang mendapat kejayaan pada masa selepas itu termasuklah Jepun, China, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Iraq, Australia dan Israel sebelum dikeluarkan daripada AFC.

Peta keputusan terbaik negara-negara Asia

Buat pertama kalinya pada kejohanan 2007, kejohanan telah diadakan di empat negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Thailand. Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Iraq yang berjaya mengalahkan Arab Saudi 1-0 dalam perlawanan akhir pada 29 Julai 2007.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search