Pihak Berkuasa London Raya

Pihak Berkuasa London Raya (GLA),[a] dikenali dalam bahasa basahan dengan metonim "Dewan Bandaraya" merupakan badan tadbir urus wilayah yang terturun bagi London Raya, yang bersempadanan dengan kawasan London serta terdiri daripada bandar raya London dan kaunti bermajlis yang juga dinamakan sebagai London Raya. GLA ditubuhkan pada 2000, selepas suatu pungutan suara tempatan dan memperoleh sebahagian besar kuasanya daripada Akta Pihak Berkuasa London Raya 1999 dan Akta Pihak Berkuasa London Raya 2007. Badan ini terdiri daripada dua cabang politik: Pejabat Datuk Bandar (kini diketuai oleh Sadiq Khan) dan Dewan London yang terdiri daripada 25 orang anggota. Sejak Mei 2016, kedua-dua cabang berada di bawah kawalan Parti Buruh London.

GLA yang mempunyai bidang kuasa terhadap pengangkutan, pengawasan, pembangunan iktisad serta perancangan bomba dan kecemasan. Tiga badan berfungsi—Pengangkutan untuk London, Pejabat Datuk Bandar untuk Pengawasan dan Jenayah serta Pesuruhjaya Bomba London—bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan bagi bidang kuasa tersebut. Dasar-dasar perancangan Datuk Bandar London diperincikan dalam Rancangan London berkanun yang sentiasa dikemas kini dan diterbitkan

Pihak Berkuasa London Raya kebanyakannya dibiayai oleh bantuan langsung kerajaan dan ia juga pihak berkuasa perintah dengan sesetengah dana diperoleh dengan cukai majlis tempatan. GLA merupakan badan unik dalam sistem kerajaan terturun dan tempatan, sama ada daripada segi struktur (menggunakan model seperti sistem berpresiden), pilihan raya dan pemilihan kuasa.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search