Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka 15 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 495,195 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 65.85% | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan mengikut kawasan pilihan raya | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya negeri Melaka ke-15 ialah sebuah pilihan raya negeri di negeri Melaka, Malaysia yang dianjurkan untuk memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dan dijangka akan dilakukan selewat-lewatnya pada 2023, lima tahun selepas pilihan raya pada 2018. Walau bagaimanapun, pada 5 Oktober 2021, DUN Melaka dibubar secara mengejut dalam situasi kemelut politik Malaysia 2020–21.[1] Hal ini berikutan empat anggota DUN Melaka berkeputusan untuk menarik sokongan terhadap blok kerajaan, iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad, menyebabkan kerajaan Melaka semasa hilang majoriti dan tumbang.[2] Hal ini membuka ruang kepada kewajiban pilihan raya negeri untuk diadakan.
Pilihanraya ini adalah unik kerana menampilkan dua parti gabungan besar di dalam kerajaan iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bertanding sesama sendiri selepas BN melalui UMNO telah menyatakan tidak berkerjasama dengan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).[3]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search