Pilihan raya negeri Melaka 2021

Pilihan raya negeri Melaka ke-15

← 2018 20 November 2021 Pilihan raya negeri Melaka 2026 Seterusnya →

Semua 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
15 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar495,195
Pengundi hadir65.85%
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  Fail:--
Pemimpin Sulaiman Md Ali Adly Zahari Mas Ermieyati Samsudin
Parti Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (AMANAH) Perikatan Nasional (BERSATU)
Pemimpin sejak 9 Mac 2020 30 Ogos 2017 18 November 2021
Kerusi pemimpin Lendu Bukit Katil Tanjung Bidara
(tewas)
Pilihan raya
lepas
13 kerusi, 36.2% 13 kerusi, 42.5% 2 kerusi, 21.0%
(bawah PH, GS dan BN)
Kerusi sebelum 12 11 1
Kerusi yang
diperlukan
3 4 14
Kerusi yang
dimenangi
21 5 2
Perubahan kerusi 9 6 1
Undian popular 122,741 112,443 77,731
Peratusan 38.64% 35.40% 24.47%
Peralihan undi -- 00 --

Keputusan mengikut kawasan pilihan raya

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Sulaiman Md Ali
Barisan Nasional

Ketua Menteri dilantik

Sulaiman Md Ali
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Melaka ke-15 ialah sebuah pilihan raya negeri di negeri Melaka, Malaysia yang dianjurkan untuk memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dan dijangka akan dilakukan selewat-lewatnya pada 2023, lima tahun selepas pilihan raya pada 2018. Walau bagaimanapun, pada 5 Oktober 2021, DUN Melaka dibubar secara mengejut dalam situasi kemelut politik Malaysia 2020–21.[1] Hal ini berikutan empat anggota DUN Melaka berkeputusan untuk menarik sokongan terhadap blok kerajaan, iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad, menyebabkan kerajaan Melaka semasa hilang majoriti dan tumbang.[2] Hal ini membuka ruang kepada kewajiban pilihan raya negeri untuk diadakan.

Pilihanraya ini adalah unik kerana menampilkan dua parti gabungan besar di dalam kerajaan iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bertanding sesama sendiri selepas BN melalui UMNO telah menyatakan tidak berkerjasama dengan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).[3]

  1. ^ "Governor dissolves Melaka state assembly". Daily Express. 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  2. ^ Fareez Azman (5 Oktober 2021). "Dun Melaka dibubar - Speaker". Astro Awani. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  3. ^ https://m.malaysiakini.com/news/594329

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search