Pleistosen

Pleistosen
Peta aras lautan sewaktu Kemuncak Pengglasieran Akhir (kawasan glasier tidak ditunjukkan di sini)
Kronologi
Garis masa grafik tempoh Kuaterner
lihat • bincang • sunting
-2.6 —
-2.4 —
-2.2 —
-2 —
-1.8 —
-1.6 —
-1.4 —
-1.2 —
-1 —
-0.8 —
-0.6 —
-0.4 —
-0.2 —
0 —
Pembahagian tempoh Kuaterner ICS, sehingga tahun 2021.[1][2]
Skala menegak: jutaan tahun dahulu.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawah
Sempadan bawah GSSPKeratan Monte San Nicola, Gela, Sicily, Itali
37°08′49″N 14°12′13″E / 37.1469°N 14.2035°E / 37.1469; 14.2035
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2009 (as base of Quaternary and Pleistocene)[3]
Takrif sempadan atasPengakhiran pengunduran Dryas Muda
Sempadan atas GSSPteras ais NGRIP2, Greenland
75°06′00″N 42°19′12″W / 75.1000°N 42.3200°W / 75.1000; -42.3200
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2008 (as base of Holocene)[4]

Pleistosen (sering dikenali sebagai Zaman Ais dalam bahasa umum) ialah nama untuk epok geologi yang berlangsung dari s. 2.58 million sehingga 11,700 tahun dahulu, merangkumi pengulangan beberapa tempoh pengglasieran yang terbaharu di Bumi. Sebelum perubahan terakhir disahkan pada tahun 2009 oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa, keratan Pleistosen dan Pliosen sebelumnya dianggap sebagai 1.806 juta tahun Sebelum Kini (SK). Penerbitan dari tahun-tahun sebelumnya boleh menggunakan salah satu takrifan tempoh tersebut. Penghujung Pleistosen berpadanan dengan penghujung tempoh pengglasieran terakhir dan juga penghujung zaman Paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi. Nama itu merupakan gabungan dua perkataan dari bahasa Yunani Purba iaitu πλεῖστος (pleîstos) yang bermaksud "kebanyakan" serta καινός (kainós; dilatinkan dalam bentuk cænus), bermaksud "baharu".

Pada penghujung epok Pliosen sebelumnya, benua Amerika Utara dan benua Amerika Selatan yang terpencil sebelum ini telah berhubung melalui Segenting Panama, menyebabkan berlakunya pertukaran fauna antara kedua-dua benua serta perubahan corak peredaran lautan, dengan pengglasieran di Hemisfera Utara mula berlaku sekitar 2.7 juta tahun dahulu. Semasa subepok Pleistosen Awal (2.58–0.8 Ma), manusia purba dari genus Homo muncul dari Afrika dan tersebar di seluruh benua Afro-Eurasia. Penghujung kepada subepok Pleistosen Awal ditandai dengan Peralihan Pleistosen Tengah, dengan pemusingan kitaran glasier berubah daripada kitaran 41,000 tahun kepada kitaran 100,000 tahun yang tidak bersimetri, menjadikan variasi iklim lebih ekstrem. Subepok Pleistosen Akhir menyaksikan penyebaran manusia moden di luar Afrika serta kepupusan semua spesies manusia yang lain. Manusia juga berhijrah ke benua Australia dan benua Amerika buat kali pertama, berpadanan dengan tempoh kepupusan kebanyakan haiwan berbadan gergasi di kawasan ini.

Arah perkembangan proses penggersangan dan penyejukan tempoh Neogen terdahulu diteruskan pada epok Pleistosen. Iklim sangat berubah-ubah bergantung kepada kitaran glasier, dengan paras laut menjadi 120 meter (390 ka) lebih rendah berbanding kini sewaktu kemuncak pengglasieran, sehingga mengupayakan percantuman antara benua Asia dengan benua Amerika Utara melalui Beringia serta pelitupan sebahagian besar kawasan utara Amerika Utara oleh Lembaran Ais Laurentide.

  1. ^ Cohen, K. M.; Finney, S. C.; Gibbard, P. L.; Fan, J.-X. (January 2020). "International Chronostratigraphic Chart" (PDF). International Commission on Stratigraphy. Dicapai pada 23 February 2020.
  2. ^ Mike Walker; dll. (December 2018). "Formal ratification of the subdivision of the Holocene Series/Epoch (Quaternary System/Period)" (PDF). Episodes. Subcommission on Quaternary Stratigraphy (SQS). 41 (4): 213–223. doi:10.18814/epiiugs/2018/018016. Dicapai pada 11 November 2019.
  3. ^ Gibbard, Philip; Head, Martin (September 2010). "The newly-ratified definition of the Quaternary System/Period and redefinition of the Pleistocene Series/Epoch, and comparison of proposals advanced prior to formal ratification" (PDF). Episodes. 33 (3): 152–158. doi:10.18814/epiiugs/2010/v33i3/002. Dicapai pada 8 December 2020.
  4. ^ Walker, Mike; Johnse, Sigfus; Rasmussen, Sune; Steffensen, Jørgen-Peder; Popp, Trevor; Gibbard, Phillip; dll. (June 2008). "The Global Stratotype Section and Point (GSSP) for the base of the Holocene Series/Epoch (Quaternary System/Period) in the NGRIP ice core". Episodes. 31 (2): 264–267. doi:10.18814/epiiugs/2008/v31i2/016. hdl:10289/920.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search