Poland

Republik Poland
ريڤوبليک ڤولن‌د
Rzeczpospolita Polska
Bendera Poland
Jata Poland
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Mazurek Dąbrowskiego"
Mazurek Dąbrowskiego"
Lokasi Poland (merah) dalam benua Eropah
Lokasi Poland (merah) dalam benua Eropah
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Warsaw
Bahasa rasmiBahasa Poland
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Kashubia
Kumpulan etnik
93.52% Poland
1.09% Orang Silesia
0.28% Orang Jerman
0.12% Orang Belarus
0.12% Orang Ukraine
0.04% Kashubia
0.03% Orang Romani
0.02% Orang Lemko
4.78% lain-lain
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Andrzej Duda
Donald Tusk
Pendirian
14 April 966
18 April 1025
1 Julai 1569
24 Oktober 1795
9 Jun 1815
11 November 1918
1 September 1939
8 April 1945
• Republik Poland
13 April 1989
• Sertai Kesatuan Eropah
1 April 2004
Keluasan
• Jumlah
312,696 km2 (120,733 bt2) (ke-69)
• Perairan (%)
3.07
Populasi
• Perkiraan 30 Jun 2014
38,483,957 (ke-34)
• Bancian Penduduk 2011
38,511,824
123/km2 (318.6/sq mi) (ke-83)
KDNK (PPP)2007
• Jumlah
$2.81 trilion (ke-5)
$34,181 (ke-21)
KDNK (nominal)2016
•  Jumlah
$1.051 trilion (ke-21)
$27,654 (ke-45)
Gini (2013)32.73
sederhana
HDI (2014) 0.843
Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-36
Mata wangZłoty
(PLN)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan48
Kod ISO 3166PL
DPT internet.pl
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "Gini_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Poland (Poland: Polska) atau nama rasminya Republik Poland (Poland: Rzeczpospolita Polska) merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah yang menghadap ke Laut Baltik di utara. Poland bersempadan dengan negara Jerman di barat, Republik Czech dan Slovakia di selatan, Ukraine dan Belarus di timur dan Laut Baltik, Kaliningrad dan Lithuania di sebelah utara. Keluasan negara Poland ialah 312,696 kilometer persegi (120,733 bt2)[1][2] menjadikan ia negara ke-69 terbesar di dunia dan kesembilan terbesar di Eropah. Dengan jumlah populasi kira-kira 38.5 juta orang, Poland merupakan negara ke-34 terpadat di dunia dan kelapan terpadat di Eropah. Poland juga merupakan sebuah negara kesatuan yang dibahagikan kepada 16 pentadbiran subbahagian.

Penubuhan negeri-negeri Poland dapat diimbas pada tahun 966 apabila Raja Mieszko I memerintah negara moden Poland dan memeluk agama Kristian. Kerajaan Poland telah ditubuhkan pada tahun 1025 dan pada tahun 1569, Poland mengeratkan hubungan politik dengan Duchi Agung Lithuania selepas menandatangani Perjanjian Lublin. Kedua-dua negara ini kemudian membentuk Komanwel Poland–Lithuania, salah satu kerajaan terbesar dan terpadat pada abad ke-16 dan ke-17 di Eropah. Komanwel kedua-dua negara ini berakhir pada tahun 1772-1785 apabila wilayah-wilayah Komanwel dibahagikan oleh Prusia, Rusia dan Austria. Poland mendapatkan semula kedaulatannya (sebagai Republik Poland Kedua) pada penghujung Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Pada September 1939, Perang Dunia Kedua meletus selepas pencerobohan Poland oleh Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet. Lebih enam juta warga Poland terkorban ketika perang. Pada 1944, Soviet membentuk Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan Poland dan selepas referendrum palsu pada 1947, Soviet mengambil alih kuasa dan Poland menjadi sebuah komunis dengan nama Republik Rakyat Poland. Ketika Revolusi 1989, kerajaan komunis Poland menjadi lumpuh dan Poland mendapat perlembagaan baru bagi Soviet. Walaupun Poland melalui banyak kemusnahan semasa Perang Dunia Kedua, Poland tetap memelihara dan mengekalkan kekayaan budayanya. Terdapat 14 Tapak Warisan Dunia yang diwartakan oleh UNESCO di Poland dan 54 monumen-monumen bersejarah dan banyak lagi objek-objek warisan kebudayaan di Poland.

Sejak peralihan awal ekonomi terutamanya berasaskan pasaran yang berlaku pada awal tahun 1990an, Poland memperoleh kedudukan "sangat tinggi" dalam Indeks Pembangunan Manusia dan juga secara beransur-ansur meningkatkan kebebasan ekonomi. Poland merupakan sebuah negara demokratik bersama ekonomi berpendapatan tinggi, taraf dan kualiti hidup sangat tinggi. Lebih-lebih lagi, negara ini dilawati kira-kira 16 juta pelancong setiap tahun (2013), menjadikan Poland antara negara paling popuular di kalangan pelancong. Poland menduduki tempat keenam dalam Kesatuan Eropah dari segi perkembangan ekonomi dan antara negara memiliki kepesatan ekonomi di dunia. Tambahan lagi, menurut Indeks Keamanan Global pada 2014, Poland merupakan salah satu negara paling selamat untuk didiami.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search