Politik kiri kanan

Politik kiri kanan atau spektrum politik kiri kanan ialah satu cara biasa mengelaskan pendirian, ideologi, atau pihak mendokong politik sepanjang spektrum politik satu dimensi.Kiri lawan Kanan ialah pentafsiran dialektik yang luas mengenai satu set faktor atau penentu. "Haluan kiri" dan "Haluan kanan" biasanya difahami sebagai melambangkan perbezaan yang sangat bertentangan bagi setiap penentu, namun seseorang atau sesebuah parti boleh berpendirian "kiri" dalam satu hal serta berpendirian "kanan" dalam satu hal lain.

Perlambangan kedudukan pegangan politik ini wujud dari Dunia Barat semasa peringkat awal Revolusi Perancis[1] berdasarkan kedudukan para wakil kebanyakan (Darjat Ketiga, Tiers état) Kerajaan Perancis yang bersidang dalam Perhimpunan Kebangsaan (duluan kepada Perhimpunan Tubuh Kebangsaan) pada Ogos 1789 apabila ditanyakan jika Raja Perancis diberikan hak veto dan pengerusian Perhimpunan: wakil-wakil konservatif dan setiaraja yang menyokong hak ini membarisi sebelah kanan (droite) ketua pembicara sidang sedangkan wakil-wakil yang membantah duduk di sebelah kirinya (gauche).[1][2] Pengungkapan ini berbeza dari tatanan dalam kerajaan Melayu dahulu di mana arah sebelah kanan sultan lebih dikaitkan dengan usia tua lalu pembesar yang lebih tua dikhususkan bersila sebelah demikian.[3]

  1. ^ a b Winock, Michel (2012). La Droite, hier et aujourd’hui (dalam bahasa Perancis). Perrin. m/s. 11–2. ISBN 9782832107508.
  2. ^ Bobbio, Norberto (2016). Left and Right: The Significance of a Political Distinction. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-5095-1412-0.
  3. ^ Gullick, J. M. (2020). Indigenous Political Systems of West Malaya. Taylor & Francis. m/s. 56. ISBN 9781000324587. The most senior members of the council sat on the Sultan's right. The Malay words for 'right' and 'left' are also used to denote 'senior' and 'junior' respectively.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search