Port Dickson

Port Dickson
Podeksen
Tanjung Kemuning
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiڤورت ديكسن
Bulatan di pusat bandar Port Dickson
Bulatan di pusat bandar Port Dickson
Etimologi: John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri-negeri Selat
Nama panggilan: PD, Bandar Tentera Darat, Pantai Peranginan Negara
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Port Dickson
LuakSungai Ujong
Ditubuhkan10 Jun 1889 (1889-06-10)
Pentadbiran
 • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port DicksonTuan Mohd Zamri bin Mohd Esa
 • Ahli Parlimen Port DicksonDato Seri Aminuddin Harun
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah115,631
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawangMajlis Perbandaran Port Dickson
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Port Dickson (sebutan dalam loghat tempatan: Podeksen; Jawi: ڤورت ديكسن; juga disingkat sebagai PD) adalah sebuah bandar peranginan pantai yang terkenal, terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, selepas Seremban.

Berhadapan dengan Selat Melaka, Port Dickson menawarkan pantai-pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai-pantai yang ada di bandar ini termasuklah Teluk Kemang dan Tanjung Biru (Blue Lagoon).

Bersama-sama dengan Seremban, Port Dickson adalah sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0), iaitu sebuah kawasan pembangunan yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan, dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search