Portugal

Republik Portugal
ريڤوبليك ڤورتوݢل
República Portuguesa
Bendera Portugal
Jata Portugal
Bendera Jata
Lagu kebangsaanA Portuguesa
Lokasi Portugal  (hijau tua) – di dalam Kesatuan Eropah  (hijau muda) – di Eropah  (EU) — (Lagenda)
Lokasi Portugal  (hijau tua)

– di dalam Kesatuan Eropah  (hijau muda)
– di Eropah  (EU) — (Lagenda)

Ibu negara
dan bandar terbesar
 Lisbon
Bahasa rasmiBahasa Portugis1
KerajaanDemokrasi Berparlimen
• Presiden
Marcelo Rebelo de Sousa
Luís Montenegro
Penubuhan 
• Kemerdekaan
24 Jun 1128
• Kerajaan
25 Julai 1139
• Diiktiraf
5 Oktober 1143
• Republik
11 Oktober 1910
• Perairan (%)
0.5
Populasi
• Perkiraan Julai 2006
10,605,870 (75)
• Bancian Penduduk 2001
10,148,259
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$203.381 bilion (41)
$19,335 (37)
HDI (2004) 0.904
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 28
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuWET3
• Musim panas (DST)
UTC+1 (WEST)
Kod panggilan351
Kod ISO 3166PT
DPT internet.pt4
1 Bahasa Miranda yang dituturkan disesetengah kawasan di bandar Miranda do Douro, diiktiraf secara rasmi pada tahun 1999 (Lei n.º 7/99 de 29 de Janeiro).[1]Bahasa Tangan Portugis turut diiktiraf.
2 Sebelum tahun 1999: Escudo Portugis.
3 Azores: UTC-1; UTC pada musim panas.
4 Domain .eu turut digunakan,dan dikongsi bersama dengan negara Kesatuan Eropah yang lain.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_densitymi²"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "areami²"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_density"

Portugal (Jawi: ڤورتوݢل) atau nama rasminya Republik Portugal (Portugis: República Portuguesa; Jawi: ريڤوبليك ڤورتوݢل) ialah sebuah negara yang kebanyakannya berada di Semenanjung Iberia di Eropah. Portugal adalah negara berdaulat paling barat di Eropah, bersempadan dengan Sepanyol di utara dan timur dan Lautan Atlantik di selatan dan barat. Kawasan pemerintahannya juga termasuk kepulauan Atlantik, Azores dan Madeira, kedua-dua kawasan autonomi dengan kerajaan tempatan masing-masing.

Portugal adalah negara paling tua di Semenanjung Iberia, dan antara negara tertua di Eropah dan di dunia, dengan kawasan pemerintahannya diserang, dilawankan untuk dan diperintah sejak masa prasejarah. Kaum pra-Celt, orang Iberia, orang Celt, orang Carthage dan orang Rom diikuti oleh serangan daripada kaum Visigoth dan puak-puak Jermanik Suebi. Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Iberia, kebanyakan kawasan Portugal adalah sebahagian daripada Al-Andalus untuk beberapa abad. Portugal sebagai negara ditubuhkan ketika Reconquista Kristian awal. Ditubuhkan pada tahun 868, Daerah Portugal menjadi terkenal selepas Pertempuran São Mamede pada tahun 1128. Kerajaan Beraja Portugal diisytiharkan kemudian mengikuti Pertempuran Ourique pada tahun 1139, dan kemerdekaan daripada Kerajaan León dikenali dengan Perjanjian Zamora pada tahun 1143.[2]

Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal menubuhkan empayar global pertama, menjadi antara kuasa ekonomi, politik, dan angkatan tentera utama di dunia.[3][4][5] Ketika tempoh ini, sekarang dipanggil sebagai Zaman Penjelajahan, pengembara Portugis merintis pengembaraan maritim, tertutamanya di bawah naungan diraja Putera Henry si Pelayar dan Raja João II, dengan pelayaran penting seperti Bartolomeu Dias melayar di luar Tanjung Harapan, Afrika Selatan (1448), penemuan laluan ke India Vasco da Gama (1497-1498) dan penemuan Brazil Eropah (1500). Ketika masa ini, Portugal memonopoli perdagangan rempah, membahagi dunia kepada hemisfera dominasi dengan Castille, dan empayar tersebut berkembang dengan kempen angkatan tentera di Asia. Tetapi, peristiwa seperti gempa bumi Lisbon 1755, penaklukan negara ketika Perang Napoleon, kemerdekaan Brazil (1822), dan perindustrian lambat berbanding dengan kuasa-kuasa Eropah lain, memadamkan kebanggaan Portugal sebelum ini.[6]

Selepas revolusi 1910 membuang monarki, Republik Pertama Portugis yang demokratik tetapi tidak stabil ditubuhkan, kemudian digantikan oleh rejim autoritarian Estado Novo. Demokrasi dikembalikan selepas Revolusi Bunga Teluki pada tahun 1974, mengakhirkan Perang Penjajahan Portugal. Tidak lama kemudian, kemerdekaan diberikan kepada hampir semua kawasan penajajahan Portugal di luar negara. Penyerahan kedaulatan Makau kepada China pada tahun 1999 menandakan pengakhiran apa yang boleh dipanggil sebagai empayar penjajah plaing tua.

Portugal telah meninggalkan pengaruh seni bina dan budaya yang mendalam di seluruh dunia, sebuah warisan dengan 250 juta penutur Portugis, dan pelbagai bahasa campuran berasaskan Portugis. Portugal adalah sebuah negara maju dengan ekonomi yang canggih dan taraf hidup tinggi, yang bertempat pada tangga ke-41 di Indeks Pembangunan Manusia.[7][8][9] Tambahan, Portugal bertempat di tangga-tangga yang tinggi di kebebasan moral (kedua), keamanan (ketiga), demokrasi (ke-8),[10] kebebasan akhbar(ke-12), kestabilan (ke-15), kemajuan sosial (ke-18), kemakmuran (ke-24), dan hak LGBT (ke-7 di Eropah).[11] Sebuah ahli UN dan EU, Portugal juga sebuah ahli pengasas NATO, zon euro, OECD dan Komuniti Negara Berbahasa Portugis.

  1. ^ Pengajian Euromosaic, Miranda di Portugal, europa.eu - laman web Suruhanjaya Eropah, diakses pada Januari 2007
  2. ^ https://books.google.com.my/books?id=LNRyNG9NNkcC&lpg=1&redir_esc=y
  3. ^ https://www.guinnessworldrecords.com/world-records/first-global-empire/
  4. ^ https://archive.is/20140202181317/http://empires.findthedata.org/q/33/2518/What-was-the-Portuguese-Empire
  5. ^ Melvin Eugene Page, Penny M. Sonnenburg, ms. 481
  6. ^ https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/po.html
  7. ^ https://web.archive.org/web/20140408225045/http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2014/01/pdf/text.pdf
  8. ^ https://www2.deloitte.com/content/dam/Deloitte/au/Documents/public-sector/deloitte-au-ps-social-progress-index-executive-summary-2015-90415.pdf
  9. ^ https://www.numbeo.com/quality-of-life/rankings_by_country.jsp
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-21. Dicapai pada 2019-09-25.
  11. ^ https://rainbow-europe.org/country-ranking

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search