Prabowo Subianto

Prabowo Subianto
Potret pilihan raya, 2023
Presiden terpilih Indonesia
Memegang jawatan
20 Oktober 2024
Naib PresidenGibran Rakabuming Raka
MenggantikanJoko Widodo
Menteri Pertahanan ke-26
Memegang jawatan
23 Oktober 2019
PresidenJoko Widodo
TimbalanSakti Wahyu Trenggono
(2019–2020)
Muhammad Herindra
(2020–kini)
Didahului olehRyamizard Ryacudu
Pengerusi Parti Gerindra ke-2
Memegang jawatan
20 September 2014
Didahului olehSuhardi
Panglima Kostrad ke-22
Dalam jawatan
20 Mac 1998 – 22 Mei 1998
PresidenSoeharto
B.J. Habibie
Didahului olehSoegijono
Digantikan olehJohny Lumintang
Panglima Jeneral Kopassus ke-15
Dalam jawatan
1 Disember 1995 – 20 Mac 1998
PresidenSoeharto
Didahului olehSubagyo Hadi Siswoyo
Digantikan olehMuchdi Purwoprandjono
Butiran peribadi
LahirPrabowo Subianto Djojohadikusumo
(1951-10-17) 17 Oktober 1951 (umur 72)
Jakarta, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikGerindra
PasanganSiti Hediati Hariyadi (k. 1983; c. 1998)
Anak-anak1
Ibu bapaSumitro Djojohadikusumo (bapa)
Dora Marie Sigar (ibu)
Alma materAkademi Ketenteraan Indonesia
Pekerjaan
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat
Tahun perkhidmatan1974 - 1998
Pangkat Jeneral
PertempuranOperasi Seroja

Jenderal TNI (HOR.) (B) Datuk Seri Haji Prabowo Subianto Djojohadikusumo DGSM DUBC (EYD: Prabowo Subianto Joyohadikusumo lahir 17 Oktober 1951) ialah seorang ahli politik, usahawan dan pegawai tentera berpangkat tinggi Indonesia. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Indonesia ke-26 dalam Kabinet Indonesia Maju sejak tahun 2019.

Beliau menempuh pendidikan ketenteraan dan meneruskan kerjaya tersebut selama 28 tahun sebelum terlibat dalam dunia perniagaan, politik dan kerajaan. Sebagai Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo bersama Hatta Rajasa, bertanding sebagai calon Presiden Indonesia ke-7 pada pilihan raya umum 2014, tetapi dikalahkan oleh gandingan Joko Widodo dan Jusuf Kalla. Beliau sekali lagi bertanding jawatan presiden pada pilihan raya umum 2019, bergandingan dengan Sandiaga Uno. Pada Mesyuarat Kebangsaan Parti Gerindra pada tahun 2022 di Sentul, Prabowo menerima pencalonan partinya untuk bertanding jawatan presiden pada pilihan raya umum 2024.

Dilahirkan di Jakarta, zaman kanak-kanak Prabowo sebagai anak kepada ahli ekonomi Sumitro Djojohadikusumo dihabiskan di luar negara bersama ibu bapanya. Disebabkan pengalaman ini, Prabowo fasih berbahasa Indonesia, Perancis, Jerman, Inggeris dan Belanda. Minatnya dalam dunia ketenteraan dipengaruhi oleh bapa saudaranya, Subianto Djojohadikusumo, yang meninggal dunia dalam Pertempuran Lengkong. Selepas menamatkan pengajian dari Akademi Tentera Darat di Magelang pada tahun 1974 sebagai leftenan dua, beliau menjadi salah seorang komander operasi termuda dalam sejarah Tentera Darat apabila beliau mengetuai operasi Pasukan Nanggala di Timor Timur. Kerjayanya meningkat selepas berkhidmat sebagai Timbalan Komander Detasmen Counter-Terrors di Komando Pasukan Khas pada tahun 1983. Pada tahun 1996, Prabowo dilantik sebagai Komander Jeneral kor. Semasa menjawat jawatan, beliau mengetuai operasi membebaskan tebusan di Mapenduma. Apabila bapa mertuanya Presiden Suharto meletak jawatan pada tahun 1998, Prabowo berkhidmat sebagai Komander Komando Simpanan Strategik.

Selepas diberhentikan daripada perkhidmatan tentera, Prabowo menghabiskan masa di Jordan dan beberapa negara Eropah. Sekembalinya ke Indonesia, beliau meneruskan perniagaan, mengikut jejak langkah adiknya Hashim Djojohadikusumo yang merupakan seorang konglomerat. Perniagaan Prabowo termasuk sekurang-kurangnya 27 syarikat yang beroperasi dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2008, beliau mengasaskan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra). Selain itu, beliau juga aktif sebagai pengerusi Persatuan Keharmonian Petani Indonesia. Dalam bidang sukan, beliau aktif dalam Persatuan Pencak Silat Indonesia dan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search