Prakambrium

Salah satu pembentukan masa Prakambrium

Prakambrium atau Prakambria ialah nama tidak rasmi untuk supereon yang terdiri daripada eon-eon skala masa geologi yang wujud sebelum eon Fanerozoik kini. Tempohnya bermula sejak pembentukan Bumi pada sekitar 4,500 juta tahun yang lalu hingga evolusi haiwan makroskop bercangkerang keras yang menandakan permulaan zaman Kambria, kala pertama untuk era pertama eon Fanerozoik, pada sekitar 542 juta tahun yang lalu. Ia dinamai sempena nama Rom untuk Cymru/Wales, iaitu Cambria, yang batuan dari zaman itu dikaji buat pertama kali.

Prakambrium bukannnya era dan oleh itu, dikenali hanya sebagai "Prakambrium" [1]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search