Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Malaysia)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Tarikh24 Februari 2021 (2021-02-24)kini
Juga dikenali sebagai
PICK
Tema"Lindung Diri, Lindung Semua."
PenyebabPandemik COVID-19 di Malaysia
SasaranSasaran awalnya ialah untuk mencapai keimunan kelompok dengan sekurang-kurangnya 80% penduduk di Malaysia diberi vaksin sepenuhnya terhadap COVID-19 tetapi kerajaan kemudian mengalihkan tumpuannya untuk mencapai kadar vaksinasi sebanyak mungkin di dalam negara kerana keimunan kelompok mungkin tidak dapat dicapai akibat penyebaran varian-varian baru seperti varian Delta
Dianjurkan olehKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
Hadirin22,715,503 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
22,715,503 orang telah melengkapkan vaksinasi dengan kedua-dua dos vaksin
42,106,397 jumlah dos vaksin yang diberi (jumlah setakat 25 September 2021)
HasilJumlah penduduk
  • 69.6% populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
  • 59.7% populasi Malaysia telah melengkapkan vaksinasi

Dewasa (berumur 18 tahun keatas)

  • 93.7% populasi dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
  • 83.1% populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan vaksinasi
Laman sesawang
www.vaksincovid.gov.my

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia ialah sebuah kempen vaksinasi kebangsaan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia di negara ini sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) serta menamatkan pandemik penyakit pernafasan ini di Malaysia apabila berjaya mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga penduduk bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini.[1] Program vaksinasi ini merupakan program imunisasi terbesar yang pernah dilaksanakan dalam sejarah negara ini dan sedang diuruskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sejak awal tahun 2021.

Walaupun program ini berjalan lancar, ia dilanda banyak kontroversi dan isu seperti masalah kadar pemberian vaksin yang perlahan akibat kekurangan bekalan vaksin walaupun kerajaan Malaysia telah membeli lebih daripada cukup untuk penduduk Malaysia, kelemahan dalam menentukan keutamaan terima vaksin, masalah logistik dengan sistem janji temu dan sijil vaksinasi digital MySejahtera, berita palsu mengenai vaksin, letusan wabak dan kesesakan orang ramai di pusat vaksinasi, dan juga layanan buruk daripada para sukarelawan dan pihak berkuasa terhadap pekerja asing.[2][3][4][5][6][7][8][9][10] Video-video penerima yang mendapat suntikan kosong juga menjadi perhatian dan kerajaan mendakwa bahawa perkara tersebut berlaku akibat kecuaian manusia yang berpunca daripada keletihan yang dihadapi para jurusuntik vaksin yang terlibat.[11][12] Selain itu, terdapat khabar angin mengenai slot janji temu vaksin yang dijual oleh para sukarelawan, namun perkara ini tidak dapat disahkan.

Pendekatan keseluruhan-kerajaan dan keseluruhan-masyarakat dilaksanakan dalam membantu program ini, yang melibatkan sejumlah kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan anggota masyarakat untuk memastikan bahawa program ini mencapai sasarannya. YB Haji Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi program imunisasi ini setelah pelantikan beliau dipersetujui oleh Jemaah Menteri hingga peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos 2021.[13][14]

Program imunisasi ini dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 hingga Februari 2022 yang bermula dengan fasa pertama yang terdiri daripada petugas kesihatan dan barisan hadapan. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 keluaran Pfizer–BioNTech ketika disiarkan secara langsung di seluruh negara.[15] Berdasarkan laporan dari minggu ketiga bulan September 2021, Malaysia secara purata memberikan sekitar 244,588 dos vaksin setiap hari dan pada kadar tersebut, akan memerlukan 27 hari lagi untuk memberikan dos yang cukup untuk 10 peratus populasi lagi.[16]

  1. ^ PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PDF). Malaysia: URUSETIA JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19. 2021. m/s. 26. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-02-18. Dicapai pada 2021-02-25.
  2. ^ Noh, Mohamed Farid (2021-06-22). "'Bekalan vaksin dibeli, masih belum tiba'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-22. Dicapai pada 2021-08-29.
  3. ^ HIBRAHIM, MUHAMMAD AMNAN (2021-02-28). "Vaksin: Kerajaan ambil serius, pantau isu potong barisan". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-28. Dicapai pada 2021-08-29.
  4. ^ Rashid, Zainal AS (2021-06-03). "MySejahtera: Sesetengah pengguna mungkin mengalami kesulitan akses kerana trafik tinggi". BebasNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-03. Dicapai pada 2021-08-29.
  5. ^ "Lagi isu MySejahtera: Janji temu pula lesap". Malaysiakini. 2021-06-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-03. Dicapai pada 2021-08-29.
  6. ^ KAMARUDIN, HAZELEN LIANA (2021-02-26). "Tindakan tegas sebar berita palsu vaksin Covid-19". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 2021-08-29.
  7. ^ Daud, Ridauddin (2021-07-13). "204 petugas di PPV IDCC Shah Alam positif COVID-19". www.astroawani.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 2021-08-29.
  8. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2021-05-17). "Pusat Pemberian Vaksin Stadium Titiwangsa sesak". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-17. Dicapai pada 2021-08-29.
  9. ^ FADZIL, MOHD HARIS FADLI MOHD (2021-07-29). "PPV KLCC sesak: Pekerja asing dihantar tidak ikut janji temu". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-29. Dicapai pada 2021-08-29.
  10. ^ "Kena perli sibuk rekod video, ramai kasihan lihat warga asing disindir frontliner". OH MY MEDIA. 2021-08-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-27. Dicapai pada 2021-08-29.
  11. ^ Rahman, Abdul Hakim (2021-07-23). "Polis terima 13 laporan vaksin kosong". www.astroawani.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-06. Dicapai pada 2021-08-29.
  12. ^ Ibrahim, Mohd Iskandar (2021-07-23). "Hanya 1 kes suntikan vaksin kosong akibat kecuaian". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-23. Dicapai pada 2021-08-29.
  13. ^ Azman, Fareez (4 Februari 2021). "Khairy dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Muhyiddin". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-05. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  14. ^ "Kabinet sudah letak jawatan, kata KJ". 2021-08-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-16. Dicapai pada 2021-08-29.
  15. ^ Hamid, Amir Abd (24 Februari 2021). "Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula [METROTV]". MyMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-24. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  16. ^ "Malaysia: the latest coronavirus counts, charts and maps". graphics.reuters.com. Dicapai pada 2021-08-30.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search