Pulau Alcatraz

Pulau Alcatraz
IUCN Kategori V (Pandangan darat/laut yang dilindungi)
Pulau Alcatraz pada tahun 2005
Pulau Alcatraz is located in Bumi
Pulau Alcatraz
Pulau Alcatraz (Bumi)
LokasiTeluk San Francisco, California
Bandar raya terdekatSan Francisco, California
Luas22 ekar (8.9 he)[1]
Ditubuhkan1934
Badan pentadbirKhidmat Taman Negara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pulau Alcatraz adalah sebuah pulau yang terletak di Teluk San Francisco, 1.5 batu (2.4 km) di luar pantai San Francisco, California, Amerika Syarikat.[1] Pulau ini yang seringkali dirujuk sebagai "The Rock" merupakan sebuah pulau kecil yang dibangunkan dengan kemudahan untuk sebuah rumah api, sebuah kubu tentera, sebuah penjara tentera dan sebuah penjara milik Biro Penjara Persekutuan sehingga 21 Mac, 1963.[2] Bermula pada bulan November 1969, pulau ini telah didiami lebih untuk lebih dari 19 bulan oleh sekumpulan Indian Amerika dari San Francisco yang telah mengambil bahagian dalam activitisme India di seluruh negara dengan bantahan awam sehingga tahun 1970-an. Pada tahun 1972, Alcatraz telah menjadi sebuah kawasan rekreasi kebangsaan dan dikenali sebagai Mercutanda Bersejarah Negara pada tahun 1986.

Pada hari ini, kemudahan di pulau ini dioperasikan oleh Khidmat Taman Negara sebagai sebahagian dari Kawasan Rekreasi Negara Golden Gate; ia dibuka untuk lawatan. Para pelawat boleh pergi ke pulau ini melalui feri Pier 33, berdekatan dengan Fisherman's Wharf di San Francisco. Pada tahun 2008, feri pendorongan hidrib pertama negara memulakan perkhidmatan ke pulau ini.[3] Alcatraz seringkali dipaprkan di dalam banyak filem, TV, karton, buku, komik dan permainan.

  1. ^ a b "Alcatraz Island". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. 2009. Dicapai pada 2009-08-20.
  2. ^ Odier, Odier (1982). The Rock: A History of Alcatraz: The Fort/The Prison. L'Image Odier. ISBN 0-9611632-0-8.
  3. ^ "Hornblower Hybrid". Dejongandlebet.com. Dicapai pada 2011-01-24.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search