Raja

Raja (Jawi: راج) ialah seseorang penguasa yang memerintah sesebuah kerajaan. Gelaran ini mempunyai sejarah yang lama dalam subbenua India sejak permulaan ia dalam kalangan Kshatriya sampailah sejauh Asia Tenggara, seperti yang dibuktikan oleh Rigveda.[1]

Gelaran ini diberikan kepada lelaki, padanan kedudukan ini dalam kalangan perempuan bergantung kepada peranan empunya gelaran - seseorang yang memerintah kerajaan secara langsung bergelar "ratu", jika pasangan raja hanya bertindak sebagai pendamping maka diberi gelaran "permaisuri"; gelaran "rani" (serapan bahasa Sanskrit rājñī) turut ada untuk dua-dua kedudukan ini.

  1. ^ Rigveda menterjemahkan perkataan "raja" dengan lebih tepat sebagai "ketua puak"; untuk contoh, sila lihat dāśarājñá, "Perang Sepuluh Raja"

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search