Raja Ireland

Sebuah tatanegara beraja, apabila terdapat Raja Ireland, wujud di Ireland dalam tiga tempoh sejarahnya yang berakhir pada tahun 1801. Tempoh pertama wujud pada zaman kuno (sebelum 900 SM) sehingga serangan Norman apabila gelaran ini terbiar. Berikutan tempoh ini, kerajaan ini menjadi tanah feudal Takhta Suci di bawah Ketuanan Raja England. Gelaran yang lebih rendah ini kekal sehingga Parlimen Ireland menganugerahkan mahkota Ireland kepada Raja Henry VIII dari England sewaktu Reformasi Inggeris. Raja England memakai mahkota-mahkota England, Ireland, dan kemudiannya Scotland secara penyatuan peribadi.

Gelaran Raja Ireland (Ireland: Rí na hÉireann) dan Ratu (yang memerintah, regnant) Ireland digunakan dlam tempoh-tempoh ini sehingga tahun 1801 apabila Kerajaan Ireland dicantumkan ke dalam kerajaan Great Britain menjadi suatu entiti politik atau negara baharu iaitu United Kingdom of Great Britain and Ireland. Semenjak April 1949, bahagian Ireland yang masih mengekalkan sistem beraja ialah Ireland Utara (sebgai sebahagian daripada United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search