Raja Muhammad Yusuf

Almarhum Yamtuan Muda Riau X Raja Muhammad Yusuf Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau IX Raja Haji Abdullah

ialah Yang di-Pertuan Muda Riau ke-10 (1858-1899), cucu Raja Jaafar, Yamtuan Muda Riau VI. Beliau dilantik oleh Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Lingga-Riau. Beliau dilantik selepas kemangkatan bapanya, Raja Haji Abdullah, Yamtuan Muda Riau ke-9.

Baginda dianggap sebagai Yamtuan Muda terakhir kerana selepas kemangkatan baginda, jawatan tersebut telah disatukan dengan jawatan sultan oleh putera baginda dengan Tengku Ambung, puteri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah iaitu Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah, Sultan Riau-Lingga Ke-8 dan terakhir, (Wangsa Diraja Bugis Luwu) sehingga tahun 1911 apabila baginda diturunkan takhta dan Riau-Lingga menjadi jajahan Belanda pada tahun 1913.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search