Rata

Gambaran rata berkuda di kuil Airawataweswara, Kumbakonam, Tamil Nadu,

Rata[1] (Jawi:  راتserapan Sanskrit: रथ, rumi: ratha, Tamil: இரதம், rumi: iratam[2]) adalah sejenis pedati kuda yang paling awal dan ringkas. Ia digunakan di waktu aman dan perang sebagai ketua kenderaan dari kebanyakan orang purba. Pedati lembu dan rata-proto telah dibina di Mesopotamia seawal tahun 3000 SM. Rata kuda asal adalah laju, ringan, terbuka, beroda dua atau empat dan ditarik oleh dua atau lebih ekor kuda yang diikat sebelah-menyebelah. Rata, dengan dipandu oleh seorang penunggang rata digunakan dalam peperangan purba pada zaman Gangsa dan Besi. Ia biasanya dilengkapi dengan perisai. Kenderaan ini terus digunakan untuk perjalanan, perbarisan dan permainan dan perlumbaan selepas ia tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan. Dari segi ketenteraan, penggunaan rata menjadi lapuk setelah usaha-usaha pembiakan untuk menghasilkan kuda cukup besar bagi ditunggang ke medan peperangan.[3]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "rata". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 317 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia. "III. Skr. Car; chariot."
  2. ^ "இரதம்²". Tamil Lexicon. University of Madras. 1936. m/s. 314 – melalui Digital Dictionaries of South Asia kelolaan University of Madras.
  3. ^ Why The West Rules - For Now: The Patterns of History and what they reveal ...

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search