Ratu

Ratu (Jawi: راتو) merupakan gelaran bagi wanita yang memerintah bagi sesuatu negara yang bersistem raja (atau "kerajaan"), suami si ratu sementara ini tetap berpangkat biasa malah tiada kuasa memerintah. Ini berbeza dengan permaisuri yang merupakan isteri kepada seorang raja dengan peranan sehad itu sahaja.

Pemberian kuasa ini boleh terjadi jika sesuatu pewarisan tidak membezakan jantina pemerintahnya, ataupun dalam pewarisan yang mengutamakan keturunan lelaki, jika raja negara tersebut tidak mempunyai anak lelaki untuk diwariskan tahkta.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search