Rusuhan Natrah

Rusuhan Natrah/Maria Hertogh, juga dikenali sebagai Tragedi Natrah berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Insiden ini bertitik tolak daripada keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya yang menetap di Belanda, dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya menurut undang-undang Belanda. Hal ini kerana tanah jajahan (yakni Singapura) berada di bawah pemerintahan kolonial British. Dengan itu, Natrah, seorang pemeluk agama Islam telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dikembalikan kepada agama asalnya, Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British, dengan mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang berdekatan mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. Perintah penangkapan perusuh pula digunakan dengan bagi membendung keganasan merebak.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search