Saifuddin Abdullah

Yang Berhormat Dato' Sri

Saifuddin Abdullah

SSAP, DSAP (Pahang); DPMP (Perak); DSM (Melaka)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Indera Mahkota, Pahang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Fauzi Abdul Rahman
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Timbalan Kamarudin Jaffar
Didahului oleh Hishammuddin Hussein
Digantikan oleh Zambry Abdul Kadir
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Timbalan Marzuki Yahya
Didahului oleh Anifah Aman
Digantikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Pahang
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Ketua Badan Pimpinan Negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Pahang
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehAhmad Faizal Azumu
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Zahidi Zainul Abidin
Didahului oleh Gobind Singh Deo
Digantikan oleh Annuar Musa
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan
Dalam jawatan
2015–2020
Pengerusi Mahathir Mohamad
Digantikan oleh Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Berkhidmat dengan Yang Hormat Dato' Sri Dr. Hou Kok Chung (Timbalan I)
Menteri Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Didahului oleh Yang Berhormat Datuk Seri Idris bin Haron
Digantikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Temerloh, Pahang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Mohd Sarit Yusoh
Digantikan oleh Nasrudin Hassan
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-27) 27 Januari 1961 (umur 63)
Kampung Sungai Ara, Mentakab, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO (1985-2015)
PKR (2015-2020)
BEBAS (2020)
BERSATU (2020-kini)[1]
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1985-2015)
Pakatan Harapan (2015-2020)
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganDatin Sri Norlin Shamsul Bahri
IbuHajah Ramlah Uda
BapaUstaz Haji Abdullah Long
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
GajiRM52,504.48 sebulan[2]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[2]
KabinetKabinet Ismail Sabri
AnugerahSenarai

Yang Berhormat Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota. Pada peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Perikatan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-7, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memegang portfolio sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia. Semasa penyertaan beliau di dalam Parti Keadilan Rakyat yang disertainya pada tahun 2015[3], beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), PKR dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan. Beliau dan beberapa ahli parlimen PKR kemudian menyertai BERSATU yang diketuai Azmin Ali pada tahun 2020[4].

Sebelum memasuki PKR, beliau merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) (UMNO). Beliau juga pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan ke-6, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg Dato' Seri Najib Razak sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia dan Ahli Parlimen Temerloh (2008-2013).

  1. ^ Jonathan Yassin, Azmin Now A Bersatu Member
  2. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
  3. ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2015/10/89141/saifuddin-abdullah-umum-sertai-pkr
  4. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/azmin-ali-dan-sembilan-lagi-ahli-parlimen-umum-sertai-bersatu-256280

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search