Samak


Samak ialah menyucikan kulit haiwan selain anjing dan babi dengan syarat-syarat tertentu. Kaedah samak ini menggugurkan benda asing iaitu daging, lemak, tulang, lendir dan tisu dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam iaitu boleh meluntur dan menyerap kotoran seperti tawas, kulit delima, bahan kimia dan sebagainya. Tujuan ini adalah bukan sahaja untuk menyucikan kulit tersebut tetapi untuk mengelakkan pereputan, melembutkan kulit haiwan, dan menjadikann lebih tahan untuk kegunaan manusia.

Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Ibnu Abbas bahawa baginda bersabda dengan maksud "Setiap kulit yang disamak menjadi bersih." [1]

"Samak" turunan kata akar cabang barat Proto-Malayo-Polinesia *samak yang asalnya merujuk kepada spesies mahang putih atau Macaranga tanarius yang mengandungi tanin pada kulit kayunya untuk tujuan membersihkan dan menggelapkan kulit haiwan.[2] Pengungkapan ini turut terlanjut kepada pokok-pokok Eugenia jenis mengeluarkan bahan kimia ini.[3]

  1. ^ Sahih Riwayat Muslim
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*samak: a tree and a tannin that it yields: probably Macaranga tanarius". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 8 November 2022.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "samak". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 374 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search