Sejarah Indonesia

Sejarah Indonesia merangkumi sebuah tempoh yang amat panjang yang bermula sejak dari zaman prasejarah lagi oleh "Manusia Jawa" pada sekitar 500,000 tahun dahulu. Tempoh dalam sejarah Indonesia dapat dibahagikan kepada lima era:

  1. Era sebelum penjajahan, dengan munculnya kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha serta Islam di Jawa dan Sumatera yang terutamanya mengukuhkan perdagangan;
  2. Era penjajahan, dengan masuknya orang-orang Eropah (terutamanya Belanda) yang menginginkan rempah-rempah dan mengakibatkan Indonesia dijajah oleh Belanda selama sekitar 350 tahun antara awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-20;
  3. Era kemerdekaan, selepas Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia (1945) sehingga jatuhnya Sukarno (1966);
  4. Era Orde Baru di bawah pemerintahan Suharto selama 32 tahun (19661998); dan
  5. Era reformasi yang berlangsung sehingga sekarang.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search