Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim | |
---|---|
Lokasi | |
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | Government English School, Sultan Abdul Hamid School, Sekolah Menengah Ibrahim |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Finis Coronat Opus (Penamat Menentukan Takhta) |
Ditubuhkan | 1919 |
Autoriti pendidikan | Kuala Muda / Yan |
Sesi | Pagi |
Nombor sekolah | 604-4212633 |
Kod sekolah | KEB3049 |
Tenaga pengajar | 102 (2019) |
Jantina | Lelaki dan Perempuan |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Ibrahim No.1 |
Lagu | Usaha Tangga Kejayaan |
Faks | 604-4227461 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (singkatan: SMK Ibrahim atau SMKI), ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan bersesi pagi yang terletak di bandar Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini menawarkan pendidikan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kemudahan asrama juga ditawarkan bagi pelajar sekolah yang berminat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim amat dikenali untuk kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekolah ini merupakan penerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2019, SMK Ibrahim menjadi sekolah terbaik di negeri Kedah, pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dari segi bilangan pelajar yang mendapat keputusan semua A+.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search