Sekularisme

George Jacob Holyoake (1817-1906), pengarang British yang mencipta istilah "sekularisme."

Sekular adalah konsep bahawa pemerintah atau entiti berkaitan dalam sesebuah negara harus berdiri secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.[1]

Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Rujuk juga: pemisahan antara agama dan negara, laïcité) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.[2]

Sekularisme mendapatkan akar intelektualnya dari ahli falsafah Yunani dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymath Islam zaman pertengahan seperti Ibn Rushd, pemikir zaman Pencerahan seperti Baron d'Holbach, Denis Diderot, Voltaire, John Locke, James Madison, Thomas Jefferson, dan Thomas Paine, dan pemikir bebas, agnostik dan ateis seperti Bertrand Russell dan Robert Ingersoll.

Tujuan dan perdebatan pada sokongan berlainan secara lebar. Laikisme Eropah, ia telah didebatkan bahawa sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pemodenan, dan jauh dari nilai-bilai keagamaan tradisional (yang juga digelar "sekularisasi"). Jenis sekularisme ini, pada suatu tahap sosial atau berfalsafah, telah sering bermuncul sementarta mengekalkan kedudukan suatu agama rasmi atau sokongan agama negara lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah berdebat bahawa sekularisme negara telah berkhidmat pada setakat yang lebih besar untuk melindungi agama dari gangguan kerajaan, sementara sekularisme pada suatu tahap sosial itu lebih tampak.[3][4] Dalam negara-negara juga, gerakan politik berlainan menyokong sekularisme untuk berlainan alasan.[5]

  1. ^ State-Religion Relationships and Human Rights Law: Towards a Right to ... By Jeroen Temperman
  2. ^ Kosmin, Barry A. "Contemporary Secularity and Secularism." Secularism & Secularity: Contemporary International Perspectives. Ed. Barry A. Kosmin and Ariela Keysar. Hartford, CT: Institute for the Study of Secularism in Society and Culture (ISSSC), 2007.
  3. ^ Yavuz, Hakan M. and John L. Esposio (2003) ‘’Turkish Islam and the Secular State: The Gulen Movement’’. Syracuse University, pg. xv-xvii. ISBN 0-8156-3040-9
  4. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 147 ("But with the Second World War just ahead, secularism fo the antireligious type was soon to disappear from mainstream American society, to be replaced by a new complex of ideas that focused on secularizing the state, not on secularizing society.")
  5. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 25 ("Together, early protosecularists (Jefferson and Madison) and proto-evangelicals (Backus, Leland, and others) made common cause in the fight for nonestablishment [of religion] – but for starkly different reasons.")

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search