Serbia Tengah

Sempadan Serbia pada tahun 1878, yang mana kemudiannya menyamai sempadan Serbia Tengah
Divisyen pentadbiran di Serbia Tengah, 1974-1990
Divisyen pentadbiran di Serbia sebelum tahun 2009

Serbia Tengah ([Централна Србија/Centralna Srbija] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), juga dirujuk sebagai Serbia proper (Ужа Србија/Uža Srbija),[a] merupakan sebahagian wilayah Serbia yang terbentang di luar wilayah Vojvodina dan wilayah yang menjadi dipertikaian, Kosovo (Kosovo dan Metohija). Serbia Tengah merupakan satu istilah yang digunakan untuk kemudahan, bukan merujuk pada sebuah divisyen pentadbiran di Serbia dan sepertinya, maka ia tidak memiliki sebarang bentuk pentadbiran yang berasingan.

Secara amnya, Serbia Tengah merupakan teras sejarah kepada Serbia moden, yang mana muncul daripada Revolusi Serbia (1804–17) dan peperangan yang meletus selepasnya menentang empayar Uthmaniyyah. Pada kurun berikutnya, Serbia melebar secara perlahan-lahan ke selatan, memperolehi Serbia Selatan, Kosovo, Sandžak dan Vardar Macedonia, dan pada tahun 1918 – berikutan dengan penyatuan dan pendudukan ke atas Montenegro dan penyatuan dengan Austria-Hungary di sebelah kiri kawasan Danube dan Sava (Vojvodina) – ia bergabung dengan wilayah Slavic Selatan yang lain ke dalam Kerajaan Beraja Yugoslavia. Sempadan Serbia Tengah sekarang dimuktamadkan selepas Perang Dunia II, apabila Serbia menjadi sebuah republik dalam SFR Yugoslavia, dengan Kosovo dan Vojvodina menjadi wilayah dengan pemerintahan autonomi.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search