Shamsul Anuar Nasarah

Yang Berhormat Datuk Seri Dr.

Shamsul Anuar Nasarah

SMW (WP); DPMP (Prk); DJMK (Kel); SMS (Sel); PPN; PPT (Prk)
شمس الانوار بن ناصره
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Memegang jawatan
10 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah (2022-2024)
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (2024-kini)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
Didahului oleh Ismail Mohamed Said
Jonathan Yasin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Lenggong, Perak
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Khamsiyah Yeop
Majoriti879 (PRU-15)
5,528 (PRU-14)
4,161 (PRU-13)
4,919 (PRU-12)
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 3 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Ali Biju
Didahului oleh Yeo Bee Yin
Tenaga
Xavier Jayakumar Arulanandam
Sumber Asli
Digantikan oleh Takiyuddin Hassan
Butiran peribadi
LahirShamsul Anuar bin Nasarah
(1967-06-01) 1 Jun 1967 (umur 57)
Lenggong, Perak, Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Hamisah Hussin
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
GajiRM58,070.48 sebulan[1]
Nilai bersihKurang RM1 juta[1]

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Lenggong.

Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau pernah dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 bersama-sama dengan Datuk Suraya Yaacob yang dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007.

Anak jati Lenggong ini dilahirkan pada 1 Jun 1967 telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Hamisah Hussin.

Berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau dilantik Ketua Penerangan UMNO Malaysia sejak 2018 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Shamsul Anuar daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,523 undian ketika menentang Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil daripada parti Pas yang mendapat 6,750 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,773.

Kerjaya:

  • Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Lenggong (2018 hingga kini)
  • Pengerusi PTPTN (2013 hingga 2018)
  • Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan (1999 hingga 2004)
  • Guru (1992 hingga 1999)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan UMNO Malaysia (2018 hingga kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (kini)
  • AJK Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009 hingga 2014)
  • Pengerusi Belia Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
  • EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000 hingga 2004)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004 hingga 2008)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
  • AJK UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
  • AJK Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996 hingga 1998)

Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Peringkat Doktor Falsafah (Phd) Pengurusan Pembangunan di Pusat Pengajian Kerajaan GOLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam College of Law, Government and International Studies Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Bidang Kaunseling dari Universiti Malaya (UM)
  • Bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search