Siapakah seorang Yahudi?

"Siapakah Seorang Yahudi?" (Ibrani: ?מיהו יהודי) merupakan perdebatan agama, sosial dan politik pada definisi tepat bagaimana seseorang dipertimbangkan sebagai seorang Yahudi. Frasa Hebrew Mihu Yehudi ("?מיהו יהודי", "Siapakah Seorang Yahudi?") diguna pakai secara meluas apabila beberapa kes undang-undang terkenal di Israel bergelut dengan perkara ini selepas pembentukan negara yahudi tersebut pada 1948. Oleh kerana Judaism berkongsi beberapa ciri sesuatu etnik dan satu agama, definisi seorang Yahudi berubah-ubah, bergantung samada satu pendekatan agama, sosiologi, etnik kepada sesuatu identiti itu digunakan. Persoalan ini telah dibawa bukan sahaja didalam komuniti Yahudi, tetapi juga pihak luar yang cuba untuk memahami dan/atau membuat peraturan dengannya.

Menurut kebanyakan takrif, Yahudi ialah seorang yang dilahirkan kepada sebuah keluarga Yahudi, atau menjadi salah satunya melalui pemelukan agama Yahudi. Perdebatan berkisar pada sebilangan soalan yang berikut:

  • Perdebatan kacukan mencuba mengenal pasti keadaan yang seorang kacukan harus dianggap sebagai orang Yahudi, serta keadaan sebaliknya.
  • Perdebatan tentang pemelukan agama bertumpu kepada prosesnya dalam percubaan untuk menentukan mana satu pemelukan boleh dianggap sebagai sah, dan sebaliknya.
  • Perdebatan keadaan kehidupan menumpukan perhatian pada perbuatan-perbuatan seseorang (seperti masuk agama lain) atau keadaan kehidupan mereka, umpamanya ketaksedaran bahawa mereka berketurunan kacukan Yahudi, yang boleh menjejaskan status Yahudinya.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search