Sistem barter

Gambaran seorang Māori bertukar tangkapan udang dengan seorang pegawai tentera laut British yang membawa segulung kain di New Zealand, lukisan Tupaia sekitar tahun 1769.

Sistem barter (juga dalam konteks fekah: muqayyadah - Arab: مُقَايَضَة‎ muqāyadhah terbitan kata kerja قَايَضَqāyadha "menukar; mengganti"[1]) ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang.[2]

Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 307. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Utami, Fajria Anindya (2020-06-23). "Apa Itu Barter?". Warta Ekonomi. Dicapai pada 2020-10-21.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search