Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza
سيتي نورهاليزا بنت تارودين

Siti Nurhaliza menghadiri majlis perkahwinan pemain bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat pada 2013.
Kelahiran
Siti Nurhaliza binti Tarudin

(1979-01-11) 11 Januari 1979 (umur 45)
Nama lainCT Nurhaliza, Siti, Kak Siti, SN, Tokti, Mak Iti
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
Tahun aktif1995–kini
PasanganKhalid Mohamad Jiwa (k. 2006)
Anak-anak
  • Siti Aafiyah binti Khalid
  • Muhammad Afwa bin Khalid
IbuSiti Salmah Bachik
BapaTarudin Ismail
SaudaraRafidah Ibrahim (sepupu)
Keluarga
  • Saiful Suhairil (abang)
  • Saiful Bahri (abang)
  • Saifullizan (abang)
  • Siti Norsaida (kakak)
  • Mohd Hafiz (adik)
  • Siti Nursairah (adik)
  • Mohd Ali (adik)
AnugerahLihat senarai penuh
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Suria Records (1995-2005)
Siti Nurhaliza Productions (2006-kini)
What's Up Entertainment (2011)
Universal Music Malaysia (2011-kini)
GP Records (Indonesia)
Pengkarya berkait
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Siti Nurhaliza Productions
Memegang jawatan
12 Januari 1998
Presiden SimplySiti
Memegang jawatan
30 Mac 2010
Laman web rasmiwww.simplysiti.com.my
Tandatangan

Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP[1] (Jawi: سيتي نورهاليزا بنت تارودين ; IPA: [ˈsiti nʊrhaˈliza ˈbinti taˈrudɪn]; lahir 11 Januari 1979)[Nota 1] merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen, dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995[2][3][4] Selepas program itu berakhir, beliau telah menerima empat tawaran kontrak rakaman daripada syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.[3] Single sulungnya yang bertajuk "Jerat Percintaan" telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lain bagi kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.[5] Album pertama beliau telah terjual sebanyak 800,000 unit daripada awal penglibatan beliau di industri muzik Malaysia sehingga tahun 2005 di Malaysia sahaja. Keunggulan beliau di persada seni telah menempa nama di industri muzik Malaysia sehingga telah mendapat pelbagai gelaran panggilan seperti Ratu Pop Malaysia, Diva Asia dan Ratu Pop Asia oleh peminat muzik di dalam negara mahupun di luar negara.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah daripada dalam dan juga luar negara. Beliau telah digelarkan sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion yang dianjurkan oleh Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.[6][7] Beberapa tahun sebelumnya, beliau juga telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa lain seperti Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999[8] Pada tahun yang sama, beliau juga telah memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta menjadi salah seorang daripada pemenang bagi kategori Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia[8][9]

Sehingga kini beliau telah memenangi lebih 300 anugerah dan penghargaan daripada dalam dan luar negara. Beliau telah muncul sebagai antara satu-satunya penyanyi dan anak seni yang paling berjaya dalam sejarah industri hiburan Malaysia.[10][11] Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 43 Anugerah Industri Muzik, 25 Anugerah Bintang Popular, 28 Anugerah Planet Muzik, 20 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang bagi 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records. Sepanjang penglibatan beliau di industri muzik Malaysia, beliau telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, antaranya termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.[12]

Berbekalkan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan 250 lagu berserta single, sehingga kini jualan album beliau dianggarkan telah terjual sebanyak 5 juta unit. Beliau merupakan antara artis yang paling berpengaruh di Kepulauan Melayu, Rantau Nusantara dan Asia Tenggara apabila telah memenangi sebanyak 10 kali berturut-turut anugerah bagi kategori Artis Serantau Paling Popular sehingga mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula pada tahun 2001 sehingga 2011.[13] Kini, beliau telah tersenarai sebagai artis yang paling berpengaruh, paling banyak memenangi anugerah dan menerbitkan single.[14] Beliau merupakan satu - satunya artis dari Malaysia yang paling laris jualan album. Pada tahun 2000, jualan album beliau telah menyumbang kepada 10 peratus jumlah jualan album di Malaysia.[15] Sehingga kini, beliau telah menjual lebih daripada 4.9 juta dalam jualan album.

Pada tahun 1998 iaitu selepas 2 tahun beliau menjejak kaki di industri muzik Malaysia, beliau telah dipilih di antara kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan penutup bagi Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau Putera Philip, Duke Edinburgh serta dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara yang terdiri daripada Negara-negara Komanwel. Pada tahun 2005, beliau telah menjadi artis pertama dari Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert secara solo di Royal Albert Hall, London yang diiringi oleh kumpulan Orkestra Simfoni London.[16] Beliau juga telah tersenarai di kedudukan kedua sebagai Asia's Best Musical Artiste oleh MTV Asia[17] dan Biggest Asian Artiste oleh Channel V[17] pada tahun yang sama. Pada tahun 2008 pula, beliau telah digelarkan sebagai Asia's Idol oleh Asia News Network (ANN).[18] Beliau juga telah menerima gelaran Asia Music Legend daripada Top 10 of Asia pada tahun 2014.10 tahun sebelum iaitu pada 2004, Golden Melody Awards telah menggelarkan beliau sebagai Asia Number 1 Singer. Kejayaan beliau di rantau Asia melayakkan beliau menerima gelaran Suara Asia [19] dan Celine Dion Asia[20] oleh peminat dan pakar muzik daripada dalam dan luar negara.

Tidak dilupakan apabila beliau juga telah tersenarai sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh di dunia oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi tahun 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.[21] Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik), Creacion (fesyen), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).

  1. ^ Beliau telah dilantik menjadi pelbagai kepujian peringkat kebangsaan dan peringkat negeri dan memperoleh beberapa gelaran kehormatan:
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) (2017): Joash Ee Dee Silva (28 October 2017). "It's Datuk Seri Siti Nurhaliza now". The Star. MSN. Dicapai pada 28 October 2017.
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2006): Saharudin Mustafa (24 Oktober 2006). "Siti Nurhaliza dianugerah gelaran Datuk". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Disember 2017.
    • Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) (2005): Harian Metro Staff (24 Oktober 2005). "868 dianugerah darjah kebesaran Pahang". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2017.
    • Johan Setia Mahkota (JSM) (2003): The Star Staff (7 June 2003). "2,319 to receive awards in conjunction with the King's birthday". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-05. Dicapai pada 6 December 2017.
    • Paduka Mahkota Perak (PMP) (2001): Kakitangan Utusan Malaysiadate=19 Julai 2001. "Ketua hakim ketuai senarai gelaran tertinggi Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Disember 2017.
    • Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (2000): Azman Ahmad (22 January 2000). "Gossip-free and in demand". The Malay Mail. Dicapai pada 8 December 2017.
  2. ^ "Siti Nurhaliza juara Bintang HMI", Berita Harian, 2 April 1995.
  3. ^ a b "Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman". Digital Collections DC5: Cross Search. Bintang Popular – Berita Minggu. 14 Jun 2009. Dicapai pada 13 September 2010.
  4. ^ "Kenali Dato' Siti". Siticlix. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-20. Dicapai pada 2010-01-24.
  5. ^ Malay Mail Staff (9 May 2005). "Career Highlights: Adnan Abu Hassan". The Malay Mail. Dicapai pada 6 February 2013.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Grand Prix 2002 left for Malaysia.
  7. ^ New Straits Times Staff (7 Ogos 2002). "Siti does us proud". New Straits Times. AccessMyLibrary. Dicapai pada 4 Mac 2013. (Inggeris)
  8. ^ a b Shuib Talib (7 September 2009). "Top 10 influential celebrities in Malaysia: Stars with the x-factor sizzle". AsiaOne.com. The New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2010. (Inggeris)
  9. ^ "Siti Nurhaliza menang anugerah antarabangsa". Utusan Online. 21 Mei 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-29. Dicapai pada 13 September 2010.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Siti - Unplugged
  11. ^ Siti Azira Abd. Aziz (25 Oktober 2009). "Siti akui jualan album terjejas ekoran kekeruhan Malaysia-Indonesia". mStar Online. Dicapai pada 16 Februari 2013.
  12. ^ Selain menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu dan Indonesia, beliau telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa termasuk:
  13. ^ "Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2011". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Februari 2013.
  14. ^ "SACC showcase: Dato' Siti Nurhaliza and Krisdayanti". New Straits Time. Digital Collections DC5: Text Archive. 14 April 2010. Dicapai pada 11 November 2010. (Inggeris)
  15. ^ New Straits Times Staff (21 August 2000). "RIM takes on pirates". AccessMyLibrary. New Straits Times. Dicapai pada 6 Februari 2013. (Inggeris)
  16. ^ Hafidah Samat (14 Januari 2005). "Siti all set for London show" [Siti bersedia untuk persembahan London]. AccessMyLibrary. New Straits Times. Dicapai pada 28 Februari 2013. (Inggeris)
  17. ^ a b Charlie Lancaster (9 Mei 2010). "Top of the pops". Southeast Asia Globe. Dicapai pada 31 Julai 2010. (Inggeris)
  18. ^ Asia’s Idols Inquirer.net – Philippine News for Filipino (5 Januari 2008). Diperoleh pada 31 Julai 2010. (Inggeris)
  19. ^ SACC showcase: Dato' Siti Nurhaliza and Krisdayanti "Datuk Siti Nurhaliza ialah penyanyi pop Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah yang meraih sebanyak 100 anugerah tempatan. Dikenali sebagai Suara Asia, Siti telah merakamkan sebanyak 30 album termasuk single. Beliau juga dikenali kerana mempunyai banyak lagu single berbanding artis lain Malaysia." (10 April 2010) New Straits Times Diperoleh pada 7 Januari 2013. (Inggeris)
  20. ^ Siti Nurhaliza's Journey To Stardom Aired on Astro's History Channel (Perjalanan Siti Nurhaliza ke Puncak Kemasyhuran disiarkan di Astro The History Channel) "Diva berkenaan juga menjadi artis Malaysia pertama membuat persembahan di Royal Albert Hall berprestij di London, dimana beliau digelar "Celine Dion Asia" oleh media British." (12 Januari 2012) Bernama. Diperoleh pada 7 Januari 2013. (Inggeris)
  21. ^ Rozdan Mazalan (25 April 2017). "Raihan kekal antara 500 Muslim berpengaruh di dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2017.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "Nota", tetapi tiada tag <references group="Nota"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search