Struktur hablur

Kristal insulin.

Dalam minerologi dan kristalografi, struktur kristal ialah susunan unik atom-atom atau molekul-molekul dalam satu cecair atau pepejal kristal.[1] Struktur kristal terdiri daripada satu corak, satu set atom-atom yang disusun dalam cara yang tertentu, dan satu kekisi yang memiliki susunan dan simetri jarak jauh. Corak-corak ini terletak dalam titik-titik satu kekisi, iaitu satu tatasusunan titik-titik yang berulang secara berkala dalam tiga dimensi. Titik-titik ini boleh dianggap seolah-olah membentuk kotak-kotak kecil yang sama, dipanggil sel unit, yang mengisi ruang-ruang di antara kekisi. Panjang sisi-sisi satu sel unit dan sudut-sudut di antara mereka dipanggil parameter kekisi. Ciri simetri kristal terdapat di dalam kumpulan ruangnya.[1]

Struktur dan kesimetrian sesuatu kristal memainkan peranan dalam menentukan pelbagai ciri fizikalnya seperti jurang, struktur jalur elektronik dan kelutsinaran optik.

  1. ^ a b Solid State Physics (Edisi Ke-2), J.R. Hook, H.E. Hall, Siri Manchester Physics, John Wiley & Sons, 2010, ISBN 978-0-471-92804-1

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search