Sukan Komanwel 1978

Sukan Komanwel XI
Bandar tuan rumahEdmonton, Kanada
Penyertaan negara47
Penyertaan atlet1,475
Acara128 acara dalam 11 sukan
Upacara pembukaan3 Ogos 1978
Upacara penutupan12 Ogos 1978
Pembukaan dirasmikan olehElizabeth II
Stadium utamaStadium Komanwel
← X
XII →

Sukan Komanwel 1978 telah diadakan di Edmonton, Alberta, Kanada, dari 3 hingga 12 Ogos 1978, dua tahun selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1976 yang diadakan di Montreal, Quebec. Temasya ini telah diboikot oleh Nigeria, sebagai protes terhadap hubungan sukan New Zealand dengan Afrika Selatan era apartheid, dan juga oleh Uganda, sebagai protes terhadap dakwaan permusuhan Kanada terhadap kerajaan Idi Amin.[1] Undian bidaan telah diadakan pada Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich.

Temasya ini adalah Sukan Komanwel pertama di mana sistem berkomputer digunakan untuk mengendalikan penjualan tiket. Temasya ini juga adalah Sukan Komanwel pertama yang dinamakan sebagai Sukan Komanwel, setelah membuang perkataan British dari nama lamanya. Temasya ini dibuka oleh Ratu Elizabeth II buat kali pertama sejak baginda menjadi Ratu pada tahun 1952.

  1. ^ Donald Macintosh; Michael Hawes; Donna Ruth Greenhorn; David Ross Black (5 April 1994). Sport and Canadian Diplomacy. McGill-Queen's Press - MQUP. m/s. 81. ISBN 978-0-7735-1161-3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search