Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Almarhum Sultan Sir Ibrahim
Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Moden ke-II dan Sultan Johor ke-XXI
Pemerintahan 7 September 1895 - 8 Mei 1959
Pendahulu Sultan Sir Abu Bakar Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Pengganti Sultan Ismail
Raja Muda Tunku Ismail
Pasangan Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abd Majid
Sultanah Rogayah
Enche' Hasnah Binti Dato' Ja'afar
Ungku Intan Binti Ungku Ahmad
Sultanah Helen Binti Abdullah (née Helen Bartholomew Wilson)
Sultanah Fawzia binti Abdullah (née Marcella Mendl)
Anakanda
Tunku Muhammad Khalid (diputerakan dan mangkat pada bulan Ogos 1893)
Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Haris Abu Bakar
Tunku Ahmad
Tunku Miriam
Nama penuh
Almarhum Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Tempat persemayaman Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Ayahanda Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Bonda Inche Besar Zubaidah Binti Abdullah
(née Cecilia Catharina Lange)
Keputeraan (1873-09-17)17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Negeri-negeri Selat
Kemangkatan 8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
Grosvenor House, London, England, United Kingdom
Dimakamkan 6 Jun 1959
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Agama Islam
Gelaran hormat bagi
Sultan Sir Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar
سلطان سير إبراهيم إبن سلطان أبو بکر

Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
دولي يڠمها موليا
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
دولي يڠمها موليا
Gaya pilihan Tuanku
توانکو

Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah GCMG GBE (17 September 1873 – 8 Mei 1959) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-21, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.

Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Sir Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya, Sultan Sir Abu Bakar Maharaja Tun Daeng Ibrahim. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September dan dimahkotakan pada 2 November tahun sama.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search