Sultan Kelantan

Sultan Kelantan Darul Naim
‎ ‏کلنتن دار النعيم‎‎ سلطان
Sultey Klate
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Muhammad V
sejak 13 September 2010
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhta
  1. Dr. Tengku Muhammad
    Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra

    Adinda Sultan Kelantan
  2. Tengku Muhammad Johan Petra bin Tengku Muhammad
    Fa-iz Petra

    Anakanda Saudara Sultan Kelantan
  3. Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
    Tengku Mahkota Kelantan
Raja pertama
  1. Raja Sang Tawal
    Raja Kelantan pertama
  2. Sultan Muhammad I
    Sultan Kelantan moden pertama
Pembentukan1267 (1267)
PersemayamanIstana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawangpejsultan.kelantan.gov.my
Panji peribadi Sultan Kelantan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim Dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu. Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search