Sungai Perak

Sungai Perak
Sungai Perak
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriPerak
Ciri-ciri fizikal
MuaraHilir Perak
Panjang400 km
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info sungai dengan parameter yang tidak diketahui "river_name"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info sungai dengan parameter yang tidak diketahui "origin"

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu pengeluaran bijih timah menurun secara mendadak kerana negara-negara lain turut mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan harga bijih timah merudum di pasaran dunia.

Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sendi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Sultan Perak yang pertama pernah juga dari Sumatera melalui Beting Beras Basah, sebuah pekan di hilir Sungai Perak ini.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search