Syaaban

Hari ini
29 Zulhijah 1445
Sabtu
6 Julai 2024
(UTC 0)


Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bilangan hari pada bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. [1]



Takwim Islam

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadan ialah bulan yang panas).

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. [2]

Pada malam kelima belas bulan Syaaban, merupakan malam Nisfu Syaaban. Mengikut ajaran Islam, baginda Nabi Muhammad SAW berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.

Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban [3] sebagaimana hadis:

Sabda Nabi SAW: Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).[4]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search