Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar


Syed Hamid Albar

PMN; SPMJ (Johor); SPMK (Kedah); DPPN (Pulau Pinang); SPDK (Sabah); DGSM (Melaka); DPMJ, SMJ (Johor); AMN
Pengerusi
Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia
Memegang jawatan
25 Ogos 2021
Didahului olehMusa Hitam
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU
Memegang jawatan
10 Ogos 2018
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kota Tinggi, Johor
Dalam jawatan
3 Disember 1990 – 3 April 2013
Didahului olehMusa Hitam
Digantikan olehNoor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Timbalan
Didahului olehMohd Radzi Sheikh Ahmad
Digantikan olehHishammuddin Hussein
Menteri Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
7 Januari 1999 – 17 Mac 2008
TimbalanLeo Michael Toyad
Didahului olehAbdullah Ahmad Badawi
Digantikan olehRais Yatim
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
8 Mei 1995 – 7 Januari 1999
TimbalanAbdullah Fadzil Che Wan
Didahului olehMohd Najib Abdul Razak
Digantikan olehAbang Abu Bakar Abang Mustapha
Butiran peribadi
Lahir (1944-01-15) 15 Januari 1944 (umur 80)
Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Parti politikUMNO
PasanganPuan Sri Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin
Anak-anak6
Ibu bapaTan Sri Syed Jaafar Albar (bapa)
Puan Sri Sharifah Fatimah Albar (ibu)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam[1]
Laman web rasmiwww.syedhamidalbar.net

Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar (Arab: سيد حامد بن سيد جعفر البار Sayyid Ḥāmid bin Sayyid Ja'far al-bār;[2][3] lahir 15 Januari 1944), merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008) dan kini menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Beliau juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).[4][5][6]

Beliau ialah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (daripada Syed Jaafar Albar, bapanya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan daripada jemaah menteri Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search