Takbir

Bahasa Arab
الله أَكْبَر
Transliterasi
Allahu Akbar, allāhu akbar
Terjemahan
Tuhan Maha Besar
Takbir.
Seorang Muslim mengangkat tangannya ketika takbir dalam solat

Takbir (Arab: تَكْبِير) adalah tindakan menyebut frasa Allahu Akbar, الله أكبر. Biasanya diterjemahkan sebagai "Tuhan itu Besar" atau "Tuhan Maha Besar," adalah suatu ungkapan biasa bahasa Arab, digunakan sebagai suatu luahan kepercayaan yang tidak formal dan sebagai pengisytiharan rasmi. Ia digunakan ketika solat, dalam kebimbangan, sebagai laungan perang dan dalam bantahan Islamisme.

Pernyataan ini adalah pernyataan bagi mengagungkan Tuhan dan dijadikan sebagai salah satu zikir harian dan munajat bagi masyarakat Islam. Takbir juga adalah salah satu perkataan yang disebut dalam solat dan dijadikan rukun solat yang ketiga iaitu Takbiratul ihram yang dijadikan garis permulaan solat.

Takbir juga dilaungkan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta Hari Tasyrik yang pada ketika itu disyariatkan untuk mengagungkan Tuhan.

Beberapa bendera juga memasukkan istilah ini, antaranya bendera Afghanistan, bendera Iran dan bendera Iraq.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search